DIA DIHALAU DARI BILIK SEWA 4 HARI BERMALAM DI HENTIAN BAS

Sumber FB Kuan Chee Heng aka Uncle Kentang
Ada orang maklum kami… dia tidur di bas stop selama 4 malam dah…. di Ampang.
Kami bergegas ke lokasi yang di maklumkan dan dapati memang ada seorang lelaki Cina tidur di hentian bas.
Kami telah memujuk beliau untuk ke rumah penginapan sementara untuk bermalam. Kami akan membuat carian keluarga dan akan membuat repot polis bahawa beliau telah bersama kami agar sekiranya ada ahli keluarga mencari beliau, pihak Polis dapat memaklumkan beliau ada bersama kami.
Kami pernah mencari seorang tua yang hilang dan tak dapat dikesan sehingga beliau mati, baru lah kami dapat tahu bahawa selama tempoh beliau hilang, beliau menghuni di rumah orang tua.
Untuk kemudahan semua, kami akan membuat repot polis mengenai kehadiran beliau di rumah tumpangan kami di Tasik Senangin, Lenggeng.
Semoga Pak Cik dapat rehat dan tidur dengan baik malam ini.
Kalau anda kenal beliau sila hantar hubungi saya di 018 2683999. Semoga beliau dapat ditemukan dengan keluarga semula.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " DIA DIHALAU DARI BILIK SEWA 4 HARI BERMALAM DI HENTIAN BAS " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.