Mayat kedua nelayan mangsa bot karam di temui
10 Jun 2021

Parit Buntar – Mayat Mangsa kedua bot karam dipukul ribut di perairan Kuala Kurau telah ditemui pada jam kira -kira 6.05 petang ini.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau,Mohd Sharenliza Ghazali berkata,Mayat mangsa Tan Eng Thang,59,telah ditemui terapung berhampiran lokasi bot yang tenggelam terletak 0.5 batu nautika dari Kampung Parit 30 di Kuala Kurau.
“Mayat ditemui terapung setelah nelayan tempatan menarik naik bot yang tenggelam itu.”katanya ketika dihubungi petang ini.
“Mayat telah dibawa balik ke jeti Pengkalan Polis Marin Kuala Kurau dan telah diserahkan kepada pihak Polis untuk dibawa ke Forensik di Hospital Parit Buntar.”katanya
Terdahulu,mayat seorang tekong bot kenka telah ditemui pada jam 3.30 petang ini setelah kejadian tiga buah bot karam dibadai ribut dalam dua kejadian berasingan pada pagi tadi.
Seramai 6 orang nelayan tempatan yang membabitkan tiga buah bot kenka terselamat dalam kejadian bot karam itu yang berlaku diperairan Kuala Kurau dan Tanjung Piandang.
Perkongsian:- Admin BSKH –
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Mayat kedua nelayan mangsa bot karam di temui " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.