Dilarang tapi degil anjur majlis perkahwinan juga

Dilarang tapi degil anjur majlis perkahwinan juga

Sifat semulajadi manusia ,sentiasa cari jalan langgar larangan

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Butterworth: Menganjurkan majlis perkahwinan ketika pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) membawa padah buat sebuah keluarga apabila dikompaun berikutan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

 

Kesalahan itu dikesan ketika pasukan polis menjalankan operasi pemantauan SOP, di sini, semalam apabila mendapati sebuah rumah dipercayai mengadakan aktiviti sosial.

 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pemeriksaan mendapati 19 ahli keluarga termasuk pasangan pengantin dan seorang jurugambar berada dalam kediaman itu.

See also  Warga emas gelang merah jambu habis minyak ketika ke hospital - Polis

 

“Tindakan itu melanggar SOP berikutan majlis perkahwinan adalah aktiviti yang tidak dibenarkan pada ketika ini.

 

“Justeru, penganjur majlis (tuan rumah) dan jurugambar masing-masing dikompaun RM2,000 atas kesalahan berkenaan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

 

Difahamkan, majlis itu diadakan bagi meraikan anak lelaki penganjur bagaimanapun ia tidak bersesuaian diadakan dalam keadaan semasa negara berdepan penularan wabak Covid-19..

See also  Bukan kompaun sebaliknya notis hadir beri keterangan – JHEAINS

 

Noorzainy berkata, pihaknya rasa terkilan kerana terdapat individu yang masih gagal mematuhi SOP dengan menganjurkan majlis yang tidak dibenarkan.

 

“Sikap (individu) sebegini hanya mementingkan diri tanpa menghiraukan situasi terkini. Kedegilan mereka yang tidak patuh SOP menyebabkan usaha bagi menghentikan virus Covid-19 gagal.

 

“Polis tidak akan berkompromi dan sentiasa akan membuat pemantauan dengan mengambil tindakan kepada mereka yang ingkar,” katanya.

See also  28 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 17,405 kes (1,061,476 kes)

 

Katanya, sebanyak 41 kompaun dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan pelanggaran SOP dikeluarkan, semalam.

-HARIAN METRO

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Dilarang tapi degil anjur majlis perkahwinan juga " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133165
Users Today : 1560
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20477
Users Last 30 days : 69180
Users This Month : 26890
Users This Year : 133164
Total Users : 133165
Views Today : 2480
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31823
Views Last 30 days : 108165
Views This Month : 41799
Views This Year : 204189
Total views : 204190
Who's Online : 5
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares