Gambar anak sakit disalah guna mohon derma

Gambar anak sakit disalah guna mohon derma

 

SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA

10 JUN 2021

 

SUNGAI PETANI- Seorang bapa memohon pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas individu yang memuat naik gambar dan maklumat palsu mengenai anaknya di media sosial.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Mohd Hafid Ismail, 34, dari Kodiang, Kedah berkata, hantaran di Facebook itu memaparkan tentang ketumbuhan di ketiak yang dihadapi anak, Mohammad Ammar Faris, 8, bagi tujuan memohon dana.

 

Menurutnya, Mohammad Ammar telah selesai menjalani pembedahan pada tahun lalu serta sudah sembuh daripada penyakit itu di mana gambar yang tular adalah gambar lama yang diambil tanpa kebenaran.

See also  [Video]Kereta MyVi hanyut di jalan Kionsom Lama, salah seorang mangsa ditemui

 

Saya menafikan membuat hantaran tentang kutipan dana bagi pembedahan anak sedangkan anak saya sudah sembuh.

 

“Saya juga tidak mengenali individu terbabit serta menggesa agar tindakan diambil terhadapnya yang telah menyalahgunakan gambar anak saya untuk meraih sumbangan orang ramai,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

 

Menurut Hafid, anaknya kini sudah kembali pulih serta menjalani kehidupan seperti biasa.

 

Katanya, gambar terbabit disyaki diambil tanpa kebenaran melalui Facebook aktivis masyarakat, Natipah Abu yang turut menjadi mangsa penyebaran maklumat palsu tersebut.

See also  Tahniah PDRM 17 ahli sindiket Macau Scam diberkas

 

Laporan polis dibuat Mohd Hafid di Balai Polis Kodiang pada 7 Jun kira-kira jam 5.40 petang.

 

Pendedahan dibuat agar orang ramai tidak terperdaya dengan aktiviti penipuan dalam talian khususnya bagi mengutip dana tabung kebajikan yang tidak wujud.

 

Sinar Harian sebelum ini melaporkan penafian seorang aktivis masyarakat yang didakwa mempunyai anak menghidap sakit kronik sepertimana tular di media sosial.

 

Natipah Abu, 48, berkata, gambar dan kisah mengenai dirinya menjadi tular apabila dikaitkan dengan dua kes kanak-kanak sakit kronik yang dimuat naik seorang pengguna Facebook yang tidak dikenali.

See also  Perompak tumbuk pemilik kedai emas, larikan barang kemas RM200,000

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Gambar anak sakit disalah guna mohon derma " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156707
Users Today : 548
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23362
Users Last 30 days : 78793
Users This Month : 50432
Users This Year : 156706
Total Users : 156707
Views Today : 981
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35394
Views Last 30 days : 121331
Views This Month : 77532
Views This Year : 239922
Total views : 239923
Who's Online : 4
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares