‘Pak guard’ kena lempang gara-gara minta periksa suhu

‘Pak guard’ kena lempang gara-gara minta periksa suhu

Seorang pengawal keselamatan dilempang oleh seorang pelanggan di sebuah pusat membeli belah di Kota Bharu, akibat menegur pelanggan berkenaan untuk memeriksa suhu sebaik sahaja memasuki pintu masuk pasar raya berkenaan.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kejadian itu berlaku pada 7 Jun lalu, kira-kira jam 2 petang ketika orang ramai berkunjung membeli barang keperluan semasa sekatan pergerakan penuh (total lockdown).

 

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Abdul Rahim Daud berkata pihaknya menerima laporan kejadian tersebut dan sedang menjalankan siasatan terperinci.

See also  Polis tahan suami isteri disyaki dera budak 10 tahun

 

“Pihak kami ada menerima laporan berkenaan kes seorang pengawal keselamatan yang ditampar apabila dia menyuruh salah seorang pelanggan memeriksa suhu di sebuah pusat membeli-belah di Kota Bharu.

 

“Kejadian itu disahkan berlaku pada 7 Jun 2021 lebih kurang jam 2 petang.

 

“Kes ini masih dalam siasatan pihak polis dan kita sedang mengesan orang yang terlibat dalam kejadian ini,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

See also  Kes rogol bawah umur meningkat ketika PKP di Kelantan

 

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video seorang pengawal keselamatan ditenangkan oleh pekerja pasar raya berkenaan sebaik sahaja dia jatuh akibat ditampar oleh seorang pelanggan kerana memintanya untuk memeriksa suhu terlebih dahulu sebelum masuk.

 

Sementara itu, Abdul Rahim berkata kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

 

“Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan,” katanya.

See also  Kanak-kanak tiga tahun berkelakuan aneh positif dadah, bapa tiri dicari

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " 'Pak guard' kena lempang gara-gara minta periksa suhu " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

139902
Users Today : 1078
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 22031
Users Last 30 days : 74558
Users This Month : 33627
Users This Year : 139901
Total Users : 139902
Views Today : 1488
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 34136
Views Last 30 days : 115303
Views This Month : 51878
Views This Year : 214268
Total views : 214269
Who's Online : 36
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares