Polis cari penunggang motosikal ketuk cermin kereta depan PGRM Cheras

Polis cari penunggang motosikal ketuk cermin kereta depan PGRM Cheras

 

KUALA LUMPUR – Polis sedang giat mengesan seorang penunggang motosikal yang dipercayai melakukan ugutan jenayah terhadap seorang remaja dalam satu kejadian yang berlaku berhampiran Menara PGRM, Cheras pada 19 Mei lalu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang remaja lelaki berusia 19 tahun itu di Balai Polis Cheras pada hari yang sama.

 

“Remaja itu dikatakan sedang memandu keretanya sebelum ditahan oleh penunggang motosikal terbabit yang kemudiannya mendakwa pengadu telah keluar dari simpang jalan di kawasan itu dan nyaris menyebabkan kemalangan.

See also  {Video} Lelaki murung maut jatuh tingkat 10 pangsapuri

 

“Penunggang motosikal itu bertindak mengeluarkan sebatang besi dan mengetuk cermin hadapan kereta pengadu dan turut meminta pengadu untuk keluar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Menurut Mohamed Mokhsein, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan dan tindakan mengesan suspek sedang giat dijalankan.

 

Dalam pada itu, beliau menyeru orang awam supaya lebih berhati-hati dan berhemah semasa berada di jalan raya selain tidak mengambil sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang.

See also  Siri Cerita F-team PDRM Paska Tamat Ancaman Komunis

 

Mohamed Mokhsein turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, Deputi Superintendan Ahmad Zamri Jai di talian 012-8993622 atau Bilik Gerakan IPD Cheras di talian 03-92845050.

 

Sejak beberapa hari lalu tular di laman Facebook menunjukkan seorang lelaki yang memakai baju T berwarna hitam dan seluar celoreng tanpa mengenakan pelitup hidung dan mulut mengamuk dengan membawa sebatang besi.

See also  56 pekerja asing merusuh positif Covid-19

 

Rakaman video berdurasi satu minit satu saat itu memaparkan lelaki terbabit mengetuk beberapa kali cermin di bahagian hadapan kereta.

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Polis cari penunggang motosikal ketuk cermin kereta depan PGRM Cheras " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

371976
Users Today : 591
Users Yesterday : 3148
Users Last 7 days : 15288
Users Last 30 days : 64411
Users This Month : 60994
Users This Year : 371975
Total Users : 371976
Views Today : 895
Views Yesterday : 4591
Views Last 7 days : 22921
Views Last 30 days : 99247
Views This Month : 94033
Views This Year : 573099
Total views : 573100
Who's Online : 4
Your IP Address : 44.201.99.222
Server Time : 2022-11-30
0Shares