Serang polis demi selamatkan suami warga Pakistan

Serang polis demi selamatkan suami warga Pakistan

 

PETALING JAYA – Seorang wanita sanggup membuat provokasi terhadap polis demi menyelamatkan suaminya, yang juga warga Pakistan yang memiliki dokumen palsu ketika pemeriksaan polis di Jalan Persiaran Kewajipan, Subang Jaya, di sini Rabu lalu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 7.26 petang ketika polis membuat pemeriksaan terhadap dokumen lelaki asing itu.

See also  Ajak isteri orang bersetubuh, warga Indonesia mati dibunuh

 

“Polis meminta suspek menunjukkan dokumen pengenalan diri termasuk surat daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), bagaimanapun surat yang dikemukakan adalah palsu.

 

“Secara tiba-tiba wanita tersebut meluru ke arah polis lalu mengeluarkan kata-kata kesat dan merampas dokumen milik suaminya yang berada di tangan anggota polis.

 

“Dia turut mempersoalkan pemeriksaan yang dilakukan pihak polis terhadap suaminya itu termasuk cuba menyerang anggota itu,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

See also  Lelaki tular seret kucing atas jalanraya ditahan

 

Ekoran kejadian itu, jelas beliau, pasangan suami isteri berusia 42 dan 33 tahun itu diberkas dan direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

 

Terdahulu, video berdurasi 1 minit 59 saat tular di laman sosial memaparkan wanita tempatan itu melakukan provokasi termasuk menyerang anggota polis yang bertugas.

See also  Video✓✓Gempar Persembahan ala pantomem ditengah jalan TAR

 

KOSMO! ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Serang polis demi selamatkan suami warga Pakistan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156041
Users Today : 831
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24436
Users Last 30 days : 79865
Users This Month : 49766
Users This Year : 156040
Total Users : 156041
Views Today : 1429
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36941
Views Last 30 days : 122983
Views This Month : 76260
Views This Year : 238650
Total views : 238651
Who's Online : 0
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares