Suami belasah isteri mengandung hingga koma dicekup selepas 38 hari

Suami kejam dicekup selepas 38 hari

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang menjadi buruan polis selepas disyaki memukul isterinya sehingga koma dalam kejadian di Johor pada 4 Mei lalu terpaksa hidup merempat dengan menumpang rumah kenalan selama 38 hari semata-mata mahu mengelak daripada dicekup pihak berkuasa.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Bagaimanapun, kelicikan suspek berusia 38 itu berakhir jua apabila dia ditahan polis semasa keluar membeli makanan dengan menunggang motosikal di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur kira-kira pukul 11 pagi semalam.

 

Tangkapan ke atas lelaki itu adalah hasil risikan sepasukan pegawai dan anggota Pasukan Siasatan Khas (D9), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sejak beberapa hari lalu.

 

Sumber berkata, semasa tangkapan dibuat, suspek turut bertindak agresif apabila melanggar motosikal yang ditunggang anggota polis.

See also  Salah faham mengenai penjagaan anak didakwa punca pergaduhan suami isteri

 

“Berlaku pergelutan di lokasi tersebut, namun tiada anggota yang mengalami kecederaan,” kata sumber kepada Kosmo! di sini semalam.

 

SUSPEK dipercayai bersembunyi di rumah kenalannya di Kuala Lumpur selama 38 hari.

 

Menurut sumber itu, suspek yang berasal dari Alor Setar dan bekerja sebagai peniaga pakaian di pasar malam dipercayai bersembunyi di kawasan tersebut dengan menumpang rumah kenalannya sepanjang 38 hari menjadi buruan polis Johor.

 

Katanya, sebaik ditangkap, suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

 

Ujian saringan air kencing ke atas lelaki itu dijangka dijalankan di IPD berkenaan.

 

MANGSA mula menunjukkan pemulihan selepas dibawa pulang ke rumahnya di Sungai Udang, Melaka pada 30 Mei lalu.

See also  Amuk: Empat anggota TUDM maut ditembak

 

Kosmo! pada 17 Mei lalu melaporkan, seorang isteri yang juga penjawat awam berusia 43 tahun di Johor terpaksa bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Aminah (HSA) selepas dipercayai dibelasah suaminya pada 4 Mei.

 

Lebih malang, mangsa yang ketika itu mengandung empat minggu telah dihantar ke HSA oleh rakan suaminya, manakala suspek melarikan diri ke Lembah Klang.

 

Mangsa yang baru tujuh bulan bernikah dengan suspek mengalami kecederaan parah dengan tengkorak kepalanya terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipercayai dipukul.

 

Berita berkaitan: Isteri hamil parah dibelasah suami

 

Kejadian berlaku semasa mangsa berada di rumahnya di sebuah pangsapuri di Larkin.

See also  Guna FB isteri tinggal komen jelik di Live MKN

 

Mangsa bagaimanapun dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban sebelum dibawa pulang ke rumah keluarganya di Sungai Udang, Melaka pada 1 Jun lalu.

 

Walaupun masih tidak sedarkan diri, namun keadaan wanita itu dilaporkan stabil.

 

Susulan kejadian itu, polis telah mengedarkan gambar suami mangsa bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Suami belasah isteri mengandung hingga koma dicekup selepas 38 hari " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124532
Users Today : 3955
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22204
Users Last 30 days : 69877
Users This Month : 18257
Users This Year : 124531
Total Users : 124532
Views Today : 5984
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33763
Views Last 30 days : 108467
Views This Month : 27876
Views This Year : 190266
Total views : 190267
Who's Online : 18
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares