Tular rakaman Lelaki cedera dipukul penghantar makanan, 5 ditahan

Lelaki cedera dipukul penghantar makanan, 5 ditahan

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Petaling Jaya: Seorang lelaki cedera dipukul sekumpulan penghantar makanan di Sungai Way, di sini, hari ini.

 

Ketua Polis Dareah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang penghantar makanan berusia 19 tahun, pada 2.30 petang.

 

Beliau berkata, remaja itu mendakwa, laporan polis berkenaan dibuat susulan tidak berpuas hati terhadap salah seorang pelanggan yang menggunakan nama menyentuh sensitiviti agama.

“Pengadu membuat tangkap layar pesanan daripada pelanggan berkenaan serta menularkannya ke aplikasi komunikasi kumpulan penghantar makanan di kawasan berkenaan.

See also  5 pemain bola kena kompaun 'curi' masuk Putrajaya

 

“Keadaan itu menimbulkan kemarahan kepada sekumpulan penghantar makanan yang lain dan mereka pergi ke rumah pelanggan terbabit yang terletak di Sungai Way,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Mohamad Fakhrudin berkata, pelanggan terbabit yang berusia 29 tahun kemudian dipukul dan dibawa ke Balai Polis Sungai Way untuk tindakan lanjut.

 

“Kejadian itu menyebabkan lelaki berkenaan cedera. Kami turut menahan lima penghantar makanan berusia 19 hingga 40 tahun yang disyaki terbabit dalam kejadian berkenaan.

See also  Asal jadi duit, Bangla jual borang PALSU rentas negeri diberkas

 

“Kami masih mengesan beberapa individu lain yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu yang disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan dalam perhimpunan yang menyalahi undang-undang,” katanya.

 

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menimbulkan apa-apa isu atau provokasi menyentuh sensitiviti mana-mana agama dan bangsa lain yang boleh menggugat ketenteraman awam.

 

“Masyarakat diingatkan supaya tidak mengambil tindakan melangkaui undang-undang dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan,” katanya.

 

 

See also  Video Dramatik Lelaki mengaku bakal Imam Mahdi lakukan serangan di Masjidil Haram

 

Terdahulu, satu video berdurasi 30 saat yang memaparkan seorang lelaki dipukul sekumpulan penghantar makanan tular di media sosial, hari ini.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Tular rakaman Lelaki cedera dipukul penghantar makanan, 5 ditahan " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

139942
Users Today : 1118
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 22071
Users Last 30 days : 74598
Users This Month : 33667
Users This Year : 139941
Total Users : 139942
Views Today : 1557
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 34205
Views Last 30 days : 115372
Views This Month : 51947
Views This Year : 214337
Total views : 214338
Who's Online : 32
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares