Gara-Gara Tanaman dan Parkir Jiran bertengkar

SHAH ALAM – Gara-gara isu tanaman dan masalah meletakkan kenderaan menyebabkan sekumpulan jiran bergaduh dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Seksyen 24 di sini semalam.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3 petang itu tular dalam video berdurasi 4 minit 4 saat menerusi aplikasi WhatsApp.

 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya telah menerima dua laporan berkaitan isu tersebut daripada kedua-dua belah pihak.

 

Katanya, hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada isu tanaman serta masalah meletakkan kenderaan oleh kedua-dua jiran sehingga mencetuskan insiden pertengkaran dan pergaduhan.

See also  Wanita cedera nekad bertarung elak  diperkosa lelaki tidak dikenali

 

“Kesemua yang terlibat telah dipanggil untuk dirakam percakapan dalam membantu siasatan.

 

“Kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk berdamai dan telah membuat penarikan semula terhadap laporan polis yang dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Beliau menambah, bagaimanapun polis masih meneruskan siasatan secara adil dan saksama meskipun kedua dua pihak telah menarik semula laporan polis itu.

 

Kes disiasat dijalankan mengikut Seksyen 269, Seksyen 148 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan serta Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPB) (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

See also  [Video] Perbuatan Vandalisma Rosakkan air pancut sedang disiasat Polis

 

“Kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam kadar segera untuk tindakan lanjut.

 

“Masyarakat dinasihatkan supaya tidak mengambil sebarang tindakan secara melulu dalam apa jua situasi yang boleh menyebabkan pelanggaran undang undang,” jelasnya. – K! ONLINE

 

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

12 Jun 2021, 11:06 pm

Gambar: Media sosial

See also  Sanggup ponteng sekolah kerana tidak mampu beli hadiah untuk Guru

 

 

 

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3 petang itu tular dalam video berdurasi 4 minit 4 saat menerusi aplikasi WhatsApp.

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Gara-Gara Tanaman dan Parkir Jiran bertengkar " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133161
Users Today : 1556
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20473
Users Last 30 days : 69176
Users This Month : 26886
Users This Year : 133160
Total Users : 133161
Views Today : 2474
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31817
Views Last 30 days : 108159
Views This Month : 41793
Views This Year : 204183
Total views : 204184
Who's Online : 3
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares