Nenek lintas jalan pukul 3 pagi bukan jelmaan Hantu

Nenek lintas jalan pukul 3 pagi bukan jelmaan Hantu

 

Oleh SITI AMINAH MOHD YUSOF

 

14 Jun 2021, 12:15 pm

 

PETALING JAYA – Rakaman video tular yang memaparkan kelibat seorang nenek melintas jalan di Jambatan Binjai Manis Ketereh, Kelantan pada pukul 3 pagi baru-baru ini akhirnya terjawab apabila individu tersebut disahkan manusia biasa.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Perkara itu didedahkan pengendali laman Facebook Hello Kelantan yang memuat naik gambar warga emas tersebut hari ini namun maklumat seperti nama, umur dan mengapa dia berjalan bersendirian tidak diketahui.

See also  Kesan lebam selepas bangkit tidur bukan gigitan jin

 

“Ini mak cik yang dipercayai ditemui pada pada pukul 3 pagi di kawasan Jambatan Binjai Manis Ketereh yang tular di media sosial baru-baru ini sehingga menimbulkan pelbagai persepsi.

 

“Bahaya berjalan seorang diri malam-malam. Semoga Allah panjangkan usia dan permudahkan urusan mak cik,” ujar kapsyen hantaran tersebut.

 

Video dengan muzik latar yang agak menyeramkan itu sebelum ini menarik perhatian netizen yang kebanyakan mereka menyifatkan warga emas berkenaan sebagai jelmaan makhluk halus.

See also  Warga emas melecur, gas dapur meletup

 

“Mungkin mak cik ini ada penyakit nyanyuk atau sebagainya. Tolonglah pantau kasihan dia,” ujar seorang pengguna media sosial bernama Nur Nunu.

 

“Bahaya mak cik awal-awal pagi lintas jalan dalam gelap. Kereta laju-laju semua bimbang jika jumpa penyamun, haiwan buas. Kami doa mak cik sihat dan kalau hendak keluar bawa lampu suluh,” ujar netizen bernama Ayzoll AZ.

“Biasanya kalau jumpa pukul 2 pagi hingga 5 pagi itu mungkin orang kampung hendak pergi menoreh getah. Orang dulu-dulu memang hati kental,” ulas seorang lagi netizen. – K! ONLINE

See also  Misteri lelaki tua bertongkat terjawab

 

#Kosmo

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Nenek lintas jalan pukul 3 pagi bukan jelmaan Hantu " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148434
Users Today : 41
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 23740
Users Last 30 days : 79832
Users This Month : 42159
Users This Year : 148433
Total Users : 148434
Views Today : 48
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36334
Views Last 30 days : 122550
Views This Month : 64464
Views This Year : 226854
Total views : 226855
Who's Online : 30
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares