[BERITA JENAYAH HIDUPAN LIAR: NEGERI JOHOR]
Seramai empat anggota penguatkuasaan daripada Jabatan PERHILITAN Negeri Johor telah menjalankan satu operasi penguatkuasaan di sebuah premis sekitar daerah Johor Bahru pada 7 Jun 2021.
Pemeriksaan di sekitar kawasan premis tersebut telah berjaya merampas seekor burung Lang Kepala Kelabu, seekor burung Lang Siput dan seeker Grey Parrot yang telah disimpan tanpa sebarang dokumen yang sah dari Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia.


Suspek yang berusia 35 tahun telah dibawa ke balai polis untuk laporan dan kes akan disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [???????????????? 716]. Kesemua barang kes telah dibawa ke Jabatan PERHILITAN Daerah Mersing, Johor untuk tindakan selanjutnya.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " PERHILITAN rampas burung Lang Kepala Kelabu burung Lang Siput dan seeker Grey Parrot " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.