Tiga pemuda mohon maaf persenda azan

Tiga pemuda mohon maaf persenda azan

13.06.2021

PETALING JAYA – Tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu rakaman video seolah-olah mempersenda azan dan ayat suci al-Quran tampil membuat permohonan hari ini.

 

Ketiga-tiga mereka memuat naik rakaman video mengakui kesilapan yang telah mereka lakukan dan meminta maaf kepada seluruh umat Islam Malaysia.

 

Salah seorang pemuda terbabit yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Ruban berkata, dia memohon maaf kepada semua umat Islam diatas kesilapannya.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

“Saya tiada niat perli umat Islam. Dalam video itu saya tidak boleh menahan kepedasan apabila kami mengadakan “challenge” (makan pedas) lalu saya letak kedua-dua tangan di telinga dan pada masa itu kawan saya suruh saya mengulanginya sambil membuat (rakaman) video.

See also  Kartel daging dikawal bukan Bumiputera, kata Tajuddin

 

“Dia melafazkan ayat yang memang tidak sepatutnya. Saya kecewa atas apa yang berlakunya dalam video tersebut. Saya memohon maaf diatas kesilapan kami dan berjanji tidak mengulanginya lagi,” katanya.

 

Rakannya yang hanya dikenali sebagai Brandon Eng pula berkata, dia sebagai individu yang merakam video itu turut memohon maaf di atas kesilapan yang dia lakukan.

 

Menurutnya, dia merakam video itu untuk tujuan ‘main-main’ dan tidak tahu ia sesuatu yang serius.

See also  "Sudah hujung nyawa pun kena caj tinggi oleh penunggang agama"

 

“Saya sepatutnya tidak boleh melafazkan ayat tersebut. Tolong maafkan kami dan kami tidak akan melakukan perbuatan seperti ini selepas ini,” katanya.

 

Seorang lagi pemuda dikenali sebagai Ryan berkata, dia berasa kecewa dengan apa yang berlaku dalam rakaman video tersebut.

 

Katanya, dia dan rakan-rakannya menghormati dan mencintai semua agama di Malaysia, maka mereka meminta maaf dengan sepenuh hati.

 

Terdahulu satu rakaman video berdurasi 31 saat menunjukkan beberapa lelaki kelihatan seperti mempersenda azan dan ayat suci al-Quran tular di media sosial.

 

See also  [Video]Mitos turun temurun daging sembelih berbau hamis dan keras menyusahkan tukang sembelih

Perbuatan itu menerima kecaman orang ramai yang mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan terhadap mereka di atas dakwaan menghina Islam. – K! ONLINE

 

Oleh ZULKIFLI MANZOR

13 Jun 2021,4:53 pm

Video/gambar: Media sosial

 

#Kosmo

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Tiga pemuda mohon maaf persenda azan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

376461
Users Today : 56
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16561
Users Last 30 days : 61950
Users This Month : 3465
Users This Year : 376460
Total Users : 376461
Views Today : 65
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24954
Views Last 30 days : 95583
Views This Month : 5230
Views This Year : 579924
Total views : 579925
Who's Online : 9
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-12-03
0Shares