[VIDEO] Polis tahan lori bawa pekerja kilang positif COVID-19

Polis tahan lori bawa pekerja kilang positif COVID-19

 

SUNGAI PETANI: Sebuah kilang pemprosesan ayam di Sungai Lalang, Bedong, dikesan membenarkan sekumpulan pekerjanya yang positif COVID-19 menaiki lori beramai-ramai sebelum ditahan petang tadi.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, seramai 48 pekerja yang baru dipakaikan gelang merah jambu didapati menaiki lori untuk pulang ke asrama penginapan mereka.

 

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata terdahulu video dan beberapa gambar sebuah lori tular di media sosial menyebabkan pihak polis berusaha mengesannya.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda kemudian mengesan lori itu sebelum berjaya menahannya ketika sedang dalam perjalanan pulang ke Sungai Lalang.

See also  VIDEO✓✓Polis siasat insiden video tular menunjukkan warga asing solat Aidiladha pekarangan di Taman Pelangi, Juru, Pulau Pinang

“Hasil siasatan mendapati terdapat kes positif dikesan di sebuah kilang pemprosesan ayam di Sungai Lalang, Bedong dan 135 pekerjanya diarah ke Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda bagi dipakaikan gelang merah jambu.

 

“Dipercayai majikan kilang berkenaan mengatur tiga kali perjalanan lori terbabit untuk membawa semua 135 pekerja yang positif COVID-19,” katanya dalam kenyataan malam ini.

 

Difahamkan, orang ramai yang menyaksikan tindakan lori membawa pekerja terbabit bertindak merakam video dan gambar, menyebabkan kemarahan dalam kalangan penduduk tempatan.

See also  [Video] Wanita maut, kereta dihempap lori

 

Adzli berkata, lori yang ditahan kereta peronda polis itu membawa kumpulan terakhir pekerja kilang untuk pulang ke asrama.

 

“Seramai 48 pekerja kilang berada dalam lori itu dikesan positif COVID-19 dengan keadaan tangan bergelang merah jambu dan diarah dikuarantin di asrama.

“Pemandu lori itu kemudian disaman kerana kesalahan mengikut Seksyen 23(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menggunakan lesen kenderaan memandu (LKM) bagi tujuan lain,” katanya.

 

Pihak pengurusan kilang turut disiasat Seksyen 22 (b) Akta 342 kerana kesalahan tidak mematuhi perintah dikeluarkan pegawai yang diberi kuasa dan Seksyen 270 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan penyakit berbahaya kepada nyawa.

See also  COVID-19 22 Julai 2021 Jumlah kes adalah 13,034

 

▶️ Berita Harian

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " [VIDEO] Polis tahan lori bawa pekerja kilang positif COVID-19 " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

139966
Users Today : 1142
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 22095
Users Last 30 days : 74622
Users This Month : 33691
Users This Year : 139965
Total Users : 139966
Views Today : 1588
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 34236
Views Last 30 days : 115403
Views This Month : 51978
Views This Year : 214368
Total views : 214369
Who's Online : 26
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares