Buang bayi di perhentian bas, pasangan kekasih ditahan

Buang bayi di perhentian bas, pasangan kekasih ditahan

 

15 Jun 2021

 

SEREMBAN – Polis menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan kes buang bayi perempuan yang baharu dilahirkan di perhentian bas berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Sri Sendayan dekat sini pada Isnin.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, pasangan berusia 23 dan 26 tahun itu ditahan di Garden Avenue Seremban 2, kira-kira jam 7.30 malam pada Isnin susulan hasil siasatan dan maklumat awam.

See also  Jumpa mayat bayi perempuan dalam longkang

“Mereka akan direman di Mahkamah Seremban pada hari ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

See also  VIDEO✓✓Padah Lelaki serang kekasih kena belasah

 

Mohd Said berkata, polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pesalah terlibat dan berharap kejadian seumpama itu tidak berulang lagi.

 

Pada Isnin, tular gambar dan video berdurasi 26 saat berkenaan penemuan bayi yang dipercayai berusia dua hari diletakkan di dalam kotak di perhentian bas berhadapan sebuah sekolah di Felda Sri Sendayan. – Bernama

See also  Rakaman Curi Telefon Demo Set

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Buang bayi di perhentian bas, pasangan kekasih ditahan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156715
Users Today : 556
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23370
Users Last 30 days : 78801
Users This Month : 50440
Users This Year : 156714
Total Users : 156715
Views Today : 998
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35411
Views Last 30 days : 121348
Views This Month : 77549
Views This Year : 239939
Total views : 239940
Who's Online : 2
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares