Penuntut jurusan perubatan  buat laporan polis dakwa dihalang duduki peperiksaan sebab belum vaksin

Penuntut jurusan perubatan  buat laporan polis dakwa dihalang duduki peperiksaan sebab belum vaksin

 

Pelajar perubatan sebuah universiti tempatan mendakwa dilarang menduduki peperiksaan kelayakan kerana beliau belum menerima suntikan vaksin Covid-19.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Nik Farah Ellisha Mohd Razif, 22 tahun berkata, beliau terlebih dahulu telah memaklumkan pihak universiti berkenaan mengenai pendiriannya yang tidak mahu mendapatkan vaksin.

 

Namun, pelajar itu berkata, pihak universiti tetap mendesaknya untuk mendapatkan vaksin.

 

Pelajar sebuah IPTA Nik Farah Ellisha Mohd Razif, 22 tahun buat laporan polis, dakwa dihalang duduki peperiksaan kerana belum menerima vaksin Covid-19.

See also  Lelaki pakai alat pernafasan buatan sendiri tarik perhatian ramai

 

“Namun akibat didesak pihak universiti, akhirnya saya setuju mendapatkan vaksin jenama pilihan saya dan memaklumkan kepada pihak universiti pada April lalu,” katanya.

 

Namun Nik Farah mendakwa dia tidak menerima tarikh temu janji untuk menerima vaksin sehingga tarikh peperiksaan iaitu pada 8 Jun yang lalu.

 

“Sehingga pada hari peperiksaan pada 8 dan 9 Jun lepas, saya tidak mendapat tarikh temujanji untuk vaksinasi dan ketika saya hadir untuk menduduki peperiksaan penting tersebut, pihak universiti telah melarang dan meminta saya meninggalkan dewan,” tambahnya.

 

Walaupun telah memohon untuk menduduki peperiksaan tersebut secara berasingan namun kata Farah, permohonanya ditolak.

See also  Dua pelajar meninggal dunia bukan sebab vaksin Covid-19

 

Sehubungan itu beliau hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

 

Turut bersama dengannya Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

 

Mengulas lanjut, Nadzim menggesa supaya polis menyiasat insiden ini secara menyeluruh dengan segera.

 

“Pelajar ini merupakan pelajar perubatan, dia faham kepentingan serta kebaikan dan keburukan vaksin, jadi ketika beliau menolak pengambilan vaksin, beliau faham risikonya,” menurutnya.

 

Nadzim berkata, pihak universiti tidak sepatutnya memaksa pelajar, sebaliknya mendidik mereka dan menjelaskan dengan baik.

See also  Berhati-hati Ubat Penahan Sakit merosakkan buah pinggang

 

“Mengapa sehingga menyusahkan pelajar, mereka ini masa depan negara, beliau boleh menyumbang kepada negara di masa depan,” katanya.

 

Sumber: MalaysiaGazette

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Penuntut jurusan perubatan  buat laporan polis dakwa dihalang duduki peperiksaan sebab belum vaksin " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148499
Users Today : 106
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 23805
Users Last 30 days : 79897
Users This Month : 42224
Users This Year : 148498
Total Users : 148499
Views Today : 132
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36418
Views Last 30 days : 122634
Views This Month : 64548
Views This Year : 226938
Total views : 226939
Who's Online : 22
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares