{VIDEO} Polis kejar tokan dadah sejauh 6km 

Polis kejar tokan dadah sejauh 6km

 

15 Jun 2021, 1:16 pm

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

GEORGETOWN: Polis memberkas seorang lelaki dipercayai tokan dadah selepas bertindak mengejarnya sejauh enam kilometer (km) dari Greenlane hingga ke Batu Uban, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 pagi itu, suspek berusia 47 tahun berkenaan melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi selepas merempuh seorang pejalan kaki hingga mangsa maut di tempat kejadian.

See also  Hukuman mati D. Nagaenthran ditangguh sehingga selesai proses rayuan.

Difahamkan, susulan penangkapan lelaki tempatan itu membawa kepada penemuan sejumlah bungkusan dadah termasuk peralatan menimbang di dalam kenderaan tersebut.

Kejadian penahanan suspek di kawasan perumahan itu turut mengejutkan penduduk flat berhampiran selain gambar dan video kejadian turut tular dalam media sosial.

See also  RESTORAN di GEORGETOWN disiasat lancar hiasan perjuangan komunisma

Menerusi rakaman daripada seorang penghuni flat berhampiran, kelihatan sekumpulan anggota polis yang menaiki beberapa kenderaan cuba menghentikan kereta suspek sebelum memberkasnya.

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong turut mengesahkan penahanan suspek dan memberitahu, maklumat lanjut berkaitan kejadian dimaklumkan kelak. – UTUSAN ONLINE

See also  Wanita cedera nekad bertarung elak  diperkosa lelaki tidak dikenali

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " {VIDEO} Polis kejar tokan dadah sejauh 6km  " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156128
Users Today : 918
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24523
Users Last 30 days : 79952
Users This Month : 49853
Users This Year : 156127
Total Users : 156128
Views Today : 1671
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 37183
Views Last 30 days : 123225
Views This Month : 76502
Views This Year : 238892
Total views : 238893
Who's Online : 5
Your IP Address : 34.236.192.4
Server Time : 2022-08-18
0Shares