Viral Rakaman Lelaki Cubaan Terjun Dari Tingkat 11 Diselamatkan “Hero”

Viral Rakaman Lelaki Cubaan Terjun Dari Tingkat 11 Diselamatkan “Hero”

Difahamkan, lelaki warga tempatan berusia 25 tahun cuba ᴍᴇᴍʙᴜɴᴜʜ diri kerana mengalami tekanan emosi akibat ketiadaan pekerjaan dan kesusahan hidup sebatang kara.

 

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang cuba ᴍᴇᴍʙᴜɴᴜʜ diri berjaya diselamatkan orang awam di Tingkat 11, Blok B, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang Utara di sini hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Difahamkan, lelaki warga tempatan berusia 25 tahun cuba ᴍᴇᴍʙᴜɴᴜʜ diri kerana mengalami tekanan emosi akibat ketiadaan pekerjaan dan kesusahan hidup sebatang kara.

See also  Nasib baik bekas isteri datang pujuk

 

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 11 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

 

“Sebaik tiba, ᴍᴀɴɢꜱᴀ telah diselamatkan oleh orang awam sebelum dibawa ke Balai Polis Jinjang untuk tindakan lanjut.

 

“Hasil siasatan mendapati, ᴍᴀɴɢꜱᴀ yang berasal dari Ipoh, Perak itu bertindak sedemikian kerana tekanan emosi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

See also  Kawalan PGA lancarkan operasi tebang, musnah ladang durian haram

 

Tambahnya, setakat ini ᴍᴀɴɢꜱᴀ menumpang di rumah rakannya di tempat kejadian.

 

“Siasatan dijalankan di bawah ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 309 Kanun ᴋᴇꜱᴇᴋꜱᴀᴀɴ kerana cuba ᴍᴇᴍʙᴜɴᴜʜ diri.

 

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung insiden ini boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di 03-40482206,” jelasnya.

 

Terdahulu, tular beberapa rakaman video di media sosial yang memaparkan seorang lelaki cuba ᴍᴇᴍʙᴜɴᴜʜ diri dengan keluar dari tingkap namun dihalang orang awam.

See also  ‘Lu scam salah orang’, 10 mangsa jerat scammer dapat semula wang   

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Viral Rakaman Lelaki Cubaan Terjun Dari Tingkat 11 Diselamatkan “Hero” " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148700
Users Today : 307
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 24006
Users Last 30 days : 80098
Users This Month : 42425
Users This Year : 148699
Total Users : 148700
Views Today : 414
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36700
Views Last 30 days : 122916
Views This Month : 64830
Views This Year : 227220
Total views : 227221
Who's Online : 31
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares