Ikan pemakan buah zakar ditemui di Eropah buat kali pertama

Ikan pemakan buah zakar ditemui di Eropah buat kali pertama

 

STOCKHOLM, Sweden- Sejenis ikan yang ditakuti kerana kecenderungan menggigit buah zakar perenang ditemui buat kali pertama di perairan Eropah, lapor akhbar Daily Star semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ikan pacu yang merupakan spesies piranha dan mempunyai gigi seperti gigi manusia, biasa ditemui di lembangan sungai di Amazon. Bagaimanapun, laman berita Eropah, Gentside melaporkan, seekor ikan yang digelar ‘pemakan testikel’ itu telah ditangkap oleh nelayan, Einar Lindgreen menggunakan perangkap belut di selatan Sweden baru-baru ini.

Menurut Henrick Carl dari Muzium Sejarah Alam Semula Jadi Denmark, ikan pacu biasanya tidak berbahaya kepada manusia tetapi gigitannya boleh menyebabkan kecederaan agak serius.

See also  Awas Tanda - tanda hormon testosteron merosot

 

“Terdapat kejadian di negara lain seperti Papua New Guinea di mana beberapa lelaki  hilang buah zakar akibat digigit pacu,” katanya kepada laman berita Sweden, The Local.

 

“Ikan ini menggigit kerana lapar dan saiz testikel padan dengan saiz mulutnya,” kata Carl.

 

Terdapat kemungkinan pacu yang ditemui di Sweden itu dibuang selepas dijadikan ikan peliharaan. Ikan tersebut turut ditemui di Tasik Michigan dan Sungai Torridge di Devon sekali gus jauh dari habitat asalnya.

See also  [Video] Gempar Ular dalam pesawat AirAsia

 

Apabila pacu Devon ditemui pada 2015, ahli ekologi, Mark Diamond memberitahu akhbar The Guardian: “Walaupun spesies piranha tidak boleh hidup dalam iklim sejuk di Britain, penemuan ini menggambarkan isu sebenar iaitu perbuatan membuang ikan peliharaan atau tumbuhan eksotik ke dalam sungai yang boleh mengakibatkan kesan serius kepada hidupan liar asal.

 

“Ini kali pertama spesies pacu ditangkap di habitat liar di rantau Scandinavia.

 

“Perenang lelaki perlu memakai seluar kerana dibimbangi terdapat lebih banyak ikan pacu di sungai yang sejuk di luar sana,” kata Peter Rask Møller, juga dari Muzium Sejarah Alam Semula Jadi Denmark. – Agensi

See also  Kemaluan mengecil dan lemah libido syahwat antara simptom Covid-19

 

Oleh KOSMO!

16 Jun 2021, 10:27 am

Gambar: Google

 

#Kosmo

#infosemasa

@infosemasaofficial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Ikan pemakan buah zakar ditemui di Eropah buat kali pertama " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

146009
Users Today : 2458
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21315
Users Last 30 days : 77407
Users This Month : 39734
Users This Year : 146008
Total Users : 146009
Views Today : 3378
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 32435
Views Last 30 days : 118651
Views This Month : 60565
Views This Year : 222955
Total views : 222956
Who's Online : 55
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares