Lari daripada polis hingga masuk longkang

Lari daripada polis hingga masuk longkang

 

Nurul Hidayah Bahaudin

nurul.hidayah@hmetro.com.my

 

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kuala Lumpur: Cubaan empat individu menaiki kereta melarikan diri ketika dikejar kereta peronda polis (MPV) gagal apabila kenderaan itu terbabas dan memasuki longkang besar berhampiran Taman Sri Nanding, Hulu Langat, semalam.

 

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, anggota MPV yang sedang membuat rondaan jenayah di Jalan Cheras menghala ke Kajang menyedari kereta dalam keadaan mencurigakan pada 5.15 petang.

See also  Geng peragut barang kemas RM50,000 menyamar rider hantar makanan tumpas

“Susulan itu, anggota bertugas mengarahkan pemandu kereta itu berhenti untuk melakukan pemeriksaan; bagaimanapun, dia terus memecut kenderaan dan melarikan diri.

 

“Anggota MPV terbabit kemudian meminta bantuan daripada Pusat Kawalan Cheras dan tiga MPV lain dikerahkan untuk membantu menahan suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Muhammad Idzam berkata, ketika MPV mengejar kereta berkenaan sejauh beberapa kilometer, kenderaan itu terbabas sendiri di jalan berhampiran Taman Sri Nanding, Hulu Langat.

 

“Kami berjaya memberkas tiga individu terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia 20 hingga 36 tahun dengan bantuan penduduk tempatan, manakala seorang lagi suspek berjaya melarikan diri.

See also  Wanita tular selongkar tong sampah bersama anak positif dadah

 

“Semakan awal mendapati semua suspek yang ditahan mempunyai pelbagai rekod berkaitan jenayah dan dadah.

 

“Saringan awal air kencing dilakukan mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis amphetamin dan methamphetamin, katanya.

 

Beliau berkata, usaha mengesan seorang lagi suspek sedang giat dijalankan.

 

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 29(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

See also  VIDEO@Sukahati dia memandu di lorong motosikal akhirnya dicari Polis

 

Disiarkan pada: Jun 16, 2021 @ 11:25am

 

#Harianmetro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Lari daripada polis hingga masuk longkang " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

149826
Users Today : 1433
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22328
Users Last 30 days : 79548
Users This Month : 43551
Users This Year : 149825
Total Users : 149826
Views Today : 1973
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33638
Views Last 30 days : 121798
Views This Month : 66389
Views This Year : 228779
Total views : 228780
Who's Online : 24
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares