Pasangan masuk IPD Kuala Langat menyamar polis, doktor ditahan

Pasangan masuk IPD Kuala Langat menyamar polis, doktor ditahan

 

By Kumara Sabapatty

15 June 2021

 

KUALA LANGAT – Tindakan seorang penganggur yang menyamar menjadi pegawai kanan polis dan memasuki Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat membawa padah apabila ditahan pihak berkuasa.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Suspek berusia 34 tahun itu ditahan ketika tampil ke IPD berkenaan semasa menemani teman wanitanya untuk membuat laporan berhubung perselisihan faham dengan rakan kongsi niaganya.

 

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, kejadian itu berlaku pukul 4 petang pada 4 Jun lalu.

 

Katanya, berdasarkan siasatan, teman wanita suspek berusia 39 tahun mendakwa rakan kongsinya menggunakan modal perniagaannya berjumlah RM5,000 untuk membuat pengubahsuaian di pusat latihan tanpa pengetahuannya.

See also  Lelaki belasah pencuri ditangkap

 

“Suspek lelaki kemudiannya memperkenalkan dirinya dengan nama Shah berpangkat Asisten Superintendan (ASP) dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Kuala Lumpur manakala teman wanita pula mendakwa dia merupakan seorang doktor perubatan di sebuah hospital swasta di Klang.

 

“Mereka mengarah pegawai penyiasat berpangkat inspektor menyiasat kes secara mendalam, pegawai bertugas kaunter itu mula curiga dengan tingkah laku dan perwatakan lelaki yang menyatakan nombor badannya adalah G17058 tetapi tidak menunjukkan kad kuasa ketika diminta.

 

“Polis bertugas bertanya sama ada suspek mengenali Ketua Polis Daerah Kuala Langat yang juga bekas Pegawai Turut D9 Kuala Lumpur dan akhirnya suspek terkejut apabila penyamarannya akhirnya terbongkar,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

See also  {{Video}} TLDM usir dua bot nelayan Indonesia

 

Tambah Ahmad Ridzwan, hasil siasatan, suspek mengaku dia menyamar sebagai pegawai polis untuk memastikan laporan teman wanitanya itu disiasat dengan cepat.

 

Menurut Ahmad Ridhwan, semakan rekod mendapati suspek mempunyai tiga rekod kesalahan jenayah lampau menyamar sebagai pegawai kanan polis Bukit Aman.

 

Ujar beliau, teman wanita suspek berkenaan turut ditahan kerana menyamar diri sebagai seorang doktor hospital swasta.

 

“Laporan yang dibuat oleh suspek adalah benar bagaimanapun tindakan penyamaran sebagai pegawai polis adalah salah kerana mengarahkan polis bertugas bertindak ke atas rakan perniagaan.

See also  Hutang punca dua beradik bergaduh guna parang

 

“Mereka bercinta lebih lima tahun dan direman selama enam hari untuk membantu siasatan dan dibebaskan dengan jaminan polis.

 

“Polis akan melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk kepada timbalan pendakwaraya untuk arahan lanjut,” tegasnya.-MalaysiaGazette

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Pasangan masuk IPD Kuala Langat menyamar polis, doktor ditahan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156029
Users Today : 819
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24424
Users Last 30 days : 79853
Users This Month : 49754
Users This Year : 156028
Total Users : 156029
Views Today : 1392
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36904
Views Last 30 days : 122946
Views This Month : 76223
Views This Year : 238613
Total views : 238614
Who's Online : 8
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares