Pemilik Mercedes-Benz guna lampu strob dicari

Pemilik Mercedes-Benz guna lampu strob dicari

 

Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman sedang mengesan pemilik sebuah kenderaan mewah yang menggunakan lampu strob ketika melalui kesesakan trafik.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata, pihaknya menerusi JSPT peringkat kontinjen dan daerah sedang mengesan kenderaan jenis Mercedes-Benz yang tular di media sosial semalam.

See also  [VIDEO] Gempar Rusuhan depoh tahanan imigresen Sungai Bakap 527 lolos 

 

“Penggunaan lampu strob adalah menjadi satu kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

“Pemilik kenderaan itu sedang dikesan bagi diambil tindakan susulan dan siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

 

Terdahulu, tular satu video berdurasi 20 saat yang dimuat naik pemilik kenderaan itu di aplikasi TikTok.

See also  Video✓✓ Warga emas cedera ditampar penghulu

 

Kenderaan berkenaan didapati menggunakan lampu strob bagi mengelak kesesakan trafik dan menggunakan lorong kecemasan.

 

Tindakan pemilik kenderaan itu memuat naik video berkenaan turut menerima kecaman netizen.

 

Difahamkan, pemilik kenderaan itu adalah Instafamous dan pembantu peribadi kepada seorang artis tempatan.

 

Disiarkan pada: June 17, 2021 @ 3:55pm

See also  Geng 18 dan 21 merusuh, empat lelaki ditahan

#Update

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Pemilik Mercedes-Benz guna lampu strob dicari " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

146110
Users Today : 2559
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21416
Users Last 30 days : 77508
Users This Month : 39835
Users This Year : 146109
Total Users : 146110
Views Today : 3513
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 32570
Views Last 30 days : 118786
Views This Month : 60700
Views This Year : 223090
Total views : 223091
Who's Online : 67
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares