Bomba pantas selamatkan Wanita hilang kerja, dihalau dari rumah sewa cuba terjun tingkat 32

Wanita hilang kerja, dihalau dari rumah sewa cuba terjun tingkat 32

Sungai Buloh: Tertekan diberhentikan kerja dan dihalau dari rumah sewa, seorang wanita cuba terjun dari tingkat 32 sebuah kondominium di sini, semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Bagaimanapun, tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berjaya memujuk dan menyelamatkan mangsa.

 

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian terbabit pada jam 7.52 malam.

See also  Covid-19 11 Ogos 2021: Jumlah jangkitan baru 20,780, Kematian 211

 

“Seramai 19 anggota dengan satu jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan lokasi kejadian.

 

“Setiba di lokasi terdapat seorang wanita berada di tepi bangunan di tingkat 32 kondominium berkenaan dan cuba untuk membunuh diri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

See also  Warga emas Orang Asli hilang di Hospital Selayang ditemukan meninggal dunia

 

Menurutnya, pasukan penyelamat membuat persiapan dengan memasang tali keselamatan dan memujuk wanita terbabit ke tempat selamat.

 

“Mangsa didapati mengalami masalah peribadi kerana kehilangan kerja dan dihalau dari rumah sewa.

 

“Wanita terbabit diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Bomba pantas selamatkan Wanita hilang kerja, dihalau dari rumah sewa cuba terjun tingkat 32 " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156108
Users Today : 898
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24503
Users Last 30 days : 79932
Users This Month : 49833
Users This Year : 156107
Total Users : 156108
Views Today : 1639
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 37151
Views Last 30 days : 123193
Views This Month : 76470
Views This Year : 238860
Total views : 238861
Who's Online : 8
Your IP Address : 34.236.192.4
Server Time : 2022-08-18
0Shares