Perselisihan faham jadi punca majikan bakar motosikal pekerja 

Perselisihan faham jadi punca majikan bakar motosikal pekerja

Sebuah motosikal milik pekerja kilang memproses ayam dibakar oleh majikannya, selepas kereta milik majikan itu yang dipinjamkan kepada pekerjanya ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan rosak.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Pihak polis menahan suspek yang berusia 40 tahun di kawasan Tasek Gelugor, Seberang Perai, pada jam 1 tengah hari Khamis lalu selepas menerima laporan yang dibuat oleh mangsa.

 

Dalam laporan polis, mangsa berusia 35 tahun itu mendakwa motosikalnya yang ditinggalkan dalam kawasan tempat kerja sejak seminggu lalu itu hanya tinggal kerangka akibat dibakar majikan.

See also  Tular video lelaki Maki Polis sebab tiada surat kebenaran rentas negeri

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, mangsa mengetahui kejadian itu selepas suspek menghantar gambar motosikal tersebut dalam keadaan terbakar menerusi telefon bimbit pada Selasa lalu.

 

“Dia mengesyaki motosikalnya yang tinggalkan kerana mengalami kerosakan kecil itu dibakar majikan selepas berlaku perselisihan faham antara mereka sehari sebelum kejadian,” kata Noorzainy.

 

“Bertindak atas laporan tersebut, kita menahan suspek sebelum merampas telefon bimbit, cebisan kain berwarna coklat yang terdapat kesan terbakar, pemetik api dan sekeping papan nombor pendaftaran motosikal yang dibakar,” tambahnya.

See also  Jumpa mayat bayi perempuan dalam longkang

Lanjut Noorzainy, hasil siasatan mendapati suspek tidak puas hati terhadap pengadu yang menggunakan keretanya untuk bertemu rakan hingga kehabisan petrol lalu meninggalkan kenderaan itu di tepi jalan.

 

Kata beliau, pada keesokan hari suspek dan mangsa pergi semula ke lokasi kereta ditinggalkan namun selepas diisi minyak, kenderaan itu tidak boleh bergerak kerana mengalami kerosakan.

 

Tidak puas hati dengan kejadian tersebut dipercayai menjadi punca suspek membakar motosikal pekerjanya. Suspek juga bertindak merakamkan kejadian motosikal dalam keadaan terbakar sebelum menghantar kepada pekerjanya itu.

See also  Disaman pasang 'bumbung' pada motosikal

 

Kata beliau, ibu serta jiran suspek turut berada di lokasi ketika suspek membakar motosikal tersebut. Mereka cuba menghalang suspek, namun tidak dihiraukan.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Perselisihan faham jadi punca majikan bakar motosikal pekerja  " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133160
Users Today : 1555
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20472
Users Last 30 days : 69175
Users This Month : 26885
Users This Year : 133159
Total Users : 133160
Views Today : 2468
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31811
Views Last 30 days : 108153
Views This Month : 41787
Views This Year : 204177
Total views : 204178
Who's Online : 3
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares