IDENTITI DIGUNAKAN SCAMMER?

IDENTITI DIGUNAKAN SCAMMER?

 

Admin telah menerima makluman bahawa identiti Pn. Yana ini telah banyak kali digunakan scammer untuk menipu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Beliau telah kehilangan kad pengenalan pada tahun 2019 dan telah buat repot polis. Tahun ni beliau dapat tahu kad pengenalannya telah digunakan scammer untuk menipu dalam urusan jual beli barang dalam talian.

 

Kalau perasan, nama di dalam gambar kad pengenalan tersebut telah diubah mengikut nama pemilik akaun. Tetapi alamat beliau ni scammer kekalkan.

See also  Putus dua jari kaki dilanggar penjenayah

 

Maka berduyunlah mangsa penipuan scammer ni telah pergi ke kampung beliau untuk mencari Pn. Yana ini. Pn. Yana telah membuat beberapa kali repot covering mengenai perkara ini.

 

Maka suka admin ingatkan:

1. Jika anda kehilangan kad pengenalan, segera membuat laporan polis. Ini adalah sebagai perlindungan diri anda juga jika perkara sebegini terjadi.

 

2. Jika anda tahu identiti anda telah digunakan tanpa kebenaran, segera membuat laporan polis. Juga sebagai covering diri.

See also  Angkara Syabu Pil Kuda lelaki nekad Kelar leher ibu sebelum digilis lori

 

Jadi tindakan Pn. Yana ini adalah bijak dan tepat. Tak salah, jangan takut untuk repot polis.

 

Kepada pembeli dalam talian:

 

1. Berhati-hati dengan tawaran too good to be true.

 

2. Berhati-hati dengan penjual yang menjanjikan bulan dan bintang. Terutama yang terlalu MUDAH berkongsi identiti diri sebagai jaminan.

 

3. Beli dari platform yang boleh dipercayai.

 

4. Semak no telefon, nombor akaun di portal SEMAKMULE (https://semakmule.rmp.gov.my/) atau hubungi CCID SCAM RESPONSE CENTER (03-2610 1599/ 03-2610 1559) untuk meminta pandangan dan nasihat.

See also  Awas Scammer app palsu i-sinar

 

#JanganJadiMangsaScammer

#IdentityTheft

#PDRM

#Scammer

#Alert

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " IDENTITI DIGUNAKAN SCAMMER? " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

146170
Users Today : 2619
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21476
Users Last 30 days : 77568
Users This Month : 39895
Users This Year : 146169
Total Users : 146170
Views Today : 3595
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 32652
Views Last 30 days : 118868
Views This Month : 60782
Views This Year : 223172
Total views : 223173
Who's Online : 65
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares