Penyamun guna pisau pemotong sayur diburu

Penyamun guna pisau pemotong sayur diburu

Langkawi: Pekerja kedai runcit berdepan detik cemas apabila diugut dengan pisau pemotong sayur dalam kejadian samun di Jalan Bohor Tempoyak, di sini, semalam.

 

Kejadian berlaku pada 6.30 petang ketika wanita berusia 21 tahun itu berada di kaunter pembayaran sebelum seorang lelaki memakai topi keledar masuk ke dalam kedai.

 

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, lelaki itu berlegar-legar di dalam kedai lalu menuju ke kaunter bayaran sebelum mengacu pisau ke arah pekerja wanita.

See also  Ketua Polis Viral

 

“Lelaki itu seterusnya mengarahkan mangsa menyerahkan semua wang yang ada dalam kaunter sebelum melarikan diri. Mangsa tidak cedera dan nilai kerugian dianggarkan RM600,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Shariman berkata, siasatan awal mendapati suspek memiliki ketinggian kira-kira 165 sentimeter.

 

“Ketika melakukan jenayah, suspek memakai topi keledar hitam, pelitup muka dan cermin mata bagi mengelak identitinya dikesan.

See also  Seludup petrol melalui paip dasar Sungai Golok ke Thailand

 

“Suspek menggunakan pisau pemotong sayur untuk mengugut mangsa dan kita sedang mengesannya untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 392 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

Terdahulu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kejadian samun bersenjata itu tular dalam media sosial.

 

Disiarkan pada: June 18, 2021 @ 5:28pm

See also  Rakaman CCTV kes samun di Kampung Rinching Hilir ,Bangi.

Oleh Hamzah Osman

am@hmetro.com.my

Video: Media sosial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Penyamun guna pisau pemotong sayur diburu " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156769
Users Today : 610
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23424
Users Last 30 days : 78855
Users This Month : 50494
Users This Year : 156768
Total Users : 156769
Views Today : 1135
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35548
Views Last 30 days : 121485
Views This Month : 77686
Views This Year : 240076
Total views : 240077
Who's Online : 1
Your IP Address : 3.235.140.84
Server Time : 2022-08-19
0Shares