Anggota bomba diserang dari belakang selepas didakwa lewat tiba memadamkan kebakaran

Anggota bomba diserang dari belakang selepas didakwa lewat tiba memadamkan kebakaran

 

LAWAS: Seorang anggota bomba cedera selepas diserang seorang lelaki dalam kejadian di Kampung Belipat, Jalan Punang di Lawas, Sarawak pada Sabtu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Dalam insiden tersebut, anggota terbabit yang sedang terlibat dalam kerja-kerja pemadaman kebakaran sebuah rumah setingkat ditumbuk seorang lelaki dari arah belakang.

 

Seorang lagi lelaki pula bertindak memarahi pasukan bomba yang didakwanya lewat tiba. Susulan kejadian, anggota bomba terbabit yang cedera ringan telah membuat laporan polis pada Sabtu.

See also  TDM tingkatkan kekuatan tentera di Sabah dan Sarawak [METROTV]

 

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii yang mengesahkan kejadian berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung insiden hari ini.

 

Terdahulu, pasukan Bomba dan Penyelamat Lawas menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 3.18 petang.

See also  Video©Gempar helang diterbangkan layang- layang

 

Sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota kemudian bergegas ke lokasi yang terletak enam kilometer dari balai.

 

Ketika bomba tiba, kata Ling Hii, sebahagian besar rumah yang berstruktur tidak kekal itu sudah musnah. Kerja-kerja ‘fire break’ kemudian dilakukan selain teknik ‘receo’ untuk mengelakkan api merebak.

 

Empat sekeluarga yang menyewa rumah terbabit sempat menyelamatkan diri. Punca kejadian dan jumlah kerugian sedang disiasat.

See also  Video Detik cemas POLIS cuba menahan pengedar dadah
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Anggota bomba diserang dari belakang selepas didakwa lewat tiba memadamkan kebakaran " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

149643
Users Today : 1250
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22145
Users Last 30 days : 79365
Users This Month : 43368
Users This Year : 149642
Total Users : 149643
Views Today : 1739
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33404
Views Last 30 days : 121564
Views This Month : 66155
Views This Year : 228545
Total views : 228546
Who's Online : 22
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares