Ibu Luah Rasa Terharu Pihak Xiaomi Malaysia Beri Bantuan Telefon Pintar Untuk Anak

Ibu Luah Rasa Terharu Pihak Xiaomi Malaysia Beri Bantuan Telefon Pintar Untuk Anak

Amalan turun temurun sekadar melepaskan batuk ditangga hendaklah dihentikan.Asal nak bagi sahaja kenapa beri benda tiada kualiti? Mesti ingat rakyat ialah aset negara yang berhak mendapat yang terbaik

Menjalani proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), setiap pelajar pastinya perlu mempunyai peranti yang sesuai seperti telefon dan laptop.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Pun begitu, tidak semua pelajar bernasib baik dan mampu untuk membeli peranti tersebut.

 

Sama seperti yang dihadapi oleh adik Muhammad Shafie ini yang menghadapi kesukaran untuk menjalani PdPR kerana tidak mempunyai peranti yang sesuai.

See also  Pengguna tertipu promosi data internet

 

Tetapi, dia bernasib baik apabila mendapat telefon pintar dari pihak Xiaomi Malaysia pada hari ini. Menerusi perkongsian ibunya, Suryani Abd Ghani, adik Shafie telah mendapat peranti Redmi Note 10 5G.

 

 

Terharu dengan bantuan tersebut, Suryani berterima kasih kepada Xiaomi Malaysia kerana prihatin terhadap nasib anaknya.

 

Menurut Suryani, pihak Xiaomi Malaysia berbesar hati menghulurkan bantuan itu untuk memudahkan pembelajaran PdPR anaknya.

See also  Ibu tunggal bimbang anak ketinggalan PdPR

 

“Saya amat terharu dengan keprihatinan pihak Xiaomi Malaysia, terima kasih,” katanya.

 

Sebelum itu, Suryani menerusi Facebook miliknya beberapa hari yang lalu ada berkongsikan mengenai telefon pintar yang dimiliki oleh anaknya sebelum ini meletup secara tiba-tiba.

Kesimpulannya pemberian peralatan untuk rakyat sendiri sewajarnya dinilai dari segi kualiti supaya memberi faedah kepada penerima dan menghentikan amalan turun temurun sekadar melepaskan batuk ditangga. Pemberian berkualiti tidak merugikan kerana merupakan pelaburan  kearah memudahkan menuntut ilmu.

See also  Capaian internet di Pulau Aman masih ketinggalan

 

Umum mengetahui memberi barangan atau perkhidmatan yang tidak berkualiti  membebankan dan merugikan  masyarakat dan negara.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Ibu Luah Rasa Terharu Pihak Xiaomi Malaysia Beri Bantuan Telefon Pintar Untuk Anak " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

376201
Users Today : 1735
Users Yesterday : 1470
Users Last 7 days : 16301
Users Last 30 days : 61690
Users This Month : 3205
Users This Year : 376200
Total Users : 376201
Views Today : 2575
Views Yesterday : 2277
Views Last 7 days : 24576
Views Last 30 days : 95205
Views This Month : 4852
Views This Year : 579546
Total views : 579547
Who's Online : 14
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-12-02
0Shares