Kucingku si pencuri

Kucingku si pencuri

Oregon: Gara-gara ‘kenakalan’ kucingnya, seorang wanita dari Beaverton, Amerika Syarikat sanggup memasang papan tanda bertulis ‘Kucing Saya Adalah Pencuri’ sebagai peringatan kepada jiran yang menetap di kawasan perumahannya.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Huffpost melaporkan Kate Felmet tindakan itu juga dilakukan bagi membolehkan jirannya menuntut semula barangan milik mereka yang diambil oleh Esme iaitu kucing hitam peliharaannya.

 

Menurut Felmet, setakat ini, kaedahnya digunakannya itu berkesan.

 

“Kebanyakan orang datang ke sini mengambil gambar dan ada juga pemandu bas yang lalu serta mengambil beberapa pasang sarung tangan,” katanya kepada KOIN.

See also  [VIDEO]Pesta buang kucing setiap kali musim raya

 

Gambar papan tanda yang menunjukkan lakaran wajah Esmes dengan baju, sarung tangan dan pelitup muka tergantung pada ampaian itu mendapat perhatian netizen selepas ia tular di media sosial.

 

Beberapa netizen turut berkongsi kisah serupa mengenai tabiat kucing kesayangan mereka yang turut membawa pulang barangan ke rumah.

 

“Kucing saya kerap pulang ke rumah dengan membawa rantai leher kucing lain.

See also  Rakaman CCTV kes pecah masuk rumah

 

“Kemungkinan kucing saya adalah ‘pembunuh bersiri’ dan saya pula tidur dengan ‘pisau’ di bawah bantal,” tulis seorang pengguna Twitter bernama 1EEX303.

 

Menurut laman web, The Conscious Cat yang mengkaji pelakuan itu sejak 2018, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kucing melakukan tabiat berkenaan.

 

Laman web itu juga membuat perbandingan iaitu kucing yang membawa pulang tikus dan burung disebabkan mahu membawa mangsa ke tempat selamat.

See also  Dua lagi buaya ditangkap di sungai berhampiran Kampung Meranek

 

Sementara itu, kucing yang membawa pulang barangan pula kemungkinan menganggapnya hadiah dan tanda terima kasih kepada pemiliknya.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Kucingku si pencuri " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156115
Users Today : 905
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24510
Users Last 30 days : 79939
Users This Month : 49840
Users This Year : 156114
Total Users : 156115
Views Today : 1649
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 37161
Views Last 30 days : 123203
Views This Month : 76480
Views This Year : 238870
Total views : 238871
Who's Online : 5
Your IP Address : 34.236.192.4
Server Time : 2022-08-18
0Shares