Lelaki mengamuk selepas terlibat dalam kemalangan

Lelaki mengamuk selepas terlibat dalam kemalangan

 

PETALING JAYA : Gara-gara perselisihan faham, tiga lelaki ditahan susulan kejadian amuk yang berpunca daripada kemalangan tiga kenderaan di Jalan 1/1B, Taman Intan Baiduri, di sini, semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.57 pagi itu, salah seorang daripada tiga mangsa kemalangan tersebut dipercayai telah mengamuk dengan memarahi dua pemandu kenderaan lain.

 

Walhal, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kemalangan terbabit disebabkan kecuaian suspek sendiri yang melanggar kenderaan di hadapannya.

 

“Mangsa yang membuat laporan adalah saksi kejadian. Mangsa menghampiri untuk meleraikan pergaduhan namun secara tiba-tiba diserang empat lelaki lain yang menaiki kereta dengan nombor pendaftaran dan jenis tidak pasti.

See also  ????️????️Bomba selamatkan remaja tertusuk hendel motosikal di peha

 

“Dalam kejadian itu, mangsa telah dipukul menggunakan sebatang besi sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan di kepala dan muka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Tambah Eng Lai, sebaik pihaknya tiba di tempat kejadian, semua lelaki yang memukul mangsa itu sudah melarikan diri.

Namun, kata beliau, seorang daripada suspek yang dipercayai mencetuskan pergaduhan itu dapat ditahan polis.

 

“Susulan kejadian, operasi dijalankan untuk mengesan suspek dan hasilnya dua lagi suspek disyaki terbabit insiden pergaduhan itu dapat diberkas.

 

“Semua tangkapan berusia lingkungan umur 24 tahun hingga 29 tahun. Permohonan reman sudah dibuat hari ini untuk membantu siasatan,” jelasnya.

See also  Video@geng tua bangka pula tunjuk samseng pukul seorang lelaki

 

Ujar beliau, semakan lanjut mendapati, dua daripada suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau manakala seorang lagi tiada rekod jenayah.

 

Eng Lai berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.

 

“Jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau dikenakan denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu.

 

“Polis Kuala Lumpur menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes supaya tampil memberikan keterangan atau pun boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482206,” katanya.

See also  Anak jantan ke macam tu, polis cari pandai pula menyorok

 

“Orang ramai juga dinasihati supaya sentiasa mematuhi undang-undang. Tindakan tegas berlandaskan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana individu ingkar,” katanya.-UTUSAN ONLINE

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Lelaki mengamuk selepas terlibat dalam kemalangan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148904
Users Today : 511
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 24210
Users Last 30 days : 80302
Users This Month : 42629
Users This Year : 148903
Total Users : 148904
Views Today : 707
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36993
Views Last 30 days : 123209
Views This Month : 65123
Views This Year : 227513
Total views : 227514
Who's Online : 30
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares