Penganggur maut, motosikal rempuh belakang lori
KOTA BHARU – Seorang penganggur maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh bahagian belakang sebuah lori selepas membuat pusingan U di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu dekat Pasir Tumboh di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, mangsa, Mohamad Faris Mohd. Rosli, 22, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggangnya tersepit di bahagian bawah lori membawa dua buah tangki air.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, mangsa dipercayai menunggang motosikal seorang diri dari arah Kota Bharu sebelum melakukan pusingan U ketika tiba di lokasi kejadian.
Katanya, siasatan awal mendapati, mangsa yang berasal dari Kampung Jeram, Pasir Puteh dipercayai tidak fokus sewaktu melakukan pusingan U sebelum merempuh belakang lori itu.
“Kemalangan itu menyebabkan mangsa terjatuh di bawah lori yang dipandu seorang lelaki berusia 33 tahun. Siasatan juga mendapati mangsa menunggang motosikal itu tanpa lesen memandu selain tidak memakai topi keledar.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. – K! ONLINE
Oleh ROHANA MOHD. NAWI
19 Jun 2021, 6:12 pm
Video/gambar: PBS Pasir Tumboh / Media sosial
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " {Video} Penganggur maut, motosikal rempuh belakang lori " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.