[Video] Wanita maut, kereta dihempap lori

[Video] Wanita maut, kereta dihempap lori

Seorang wanita maut selepas kenderaan yang dipandu remuk dirempuh lori muatan makanan ayam yang dipercayai terbabas di Jalan Jelapang di sini pagi ini.

 

Noor Aishah Mohd Tahir, 26, yang cedera parah pada bahagian kepala disahkan maut oleh pegawai kesihatan di lokasi kejadian.

 

Ketua Zon 1 Bomba dan Penyelamat Jelapang, Nor Rasidamayati Abd Rasid, berkata berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.28 pagi memaklumkan berhubung kejadian sebelum anggota bergegas ke lokasi kejadian.

See also  Wanita parah, warga emas maut dalam dua nahas babitkan ambulans

 

“Setibanya di lokasi kejadian terdapat satu kereta yang berada di bawah lori dan terdapat seorang mangsa wanita di dalam kenderaan terbabit.

 

“Tindakan awal yang diambil adalah membersihkan tumpahan minyak yang berada di kawasan ini dan memotong punca elektrik yang berada di kawasan ini bagi memastikan operasi berjalan dengan selamat.

 

“Anggota menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang kemudiannya disahkan sudah meninggal dunia oleh pihak petugas kesihatan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

See also  {Video}Kereta ‘rempuh’ stesen minyak

 

Menurutnya, bomba menghadapi sedikit kesukaran untuk mengeluarkan mangsa kerana lori yang membawa muatan makanan ayam itu menghempap kereta.

 

Bomba terpaksa menggunakan kren untuk mengangkat lori berkenaan bagi mengeluarkan mangsa dari dalam keretanya yang remuk.

 

“Operasi dengan kekuatan tujuh anggota mengambil masa selama empat jam setengah untuk melakukan operasi mengeluarkan mangsa dan operasi selesai sepenuhnya pada jam 2.08 petang,” katanya.

 

Menurutnya, difahamkan lori itu dari Lebuhraya Ipoh Lumut hendak keluar ke Meru, manakala kenderaan mangsa pula dari sungai Siput menghala ke Batu Gajah.

See also  {Video} Getah pelapik berlipat punca kemalangan

 

“Mangsa mengalami kecederaan teruk pada bahagian kepala dan setakat ini punca kemalangan masih dalam siasatan polis.

 

Sumber : BH

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " [Video] Wanita maut, kereta dihempap lori " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156690
Users Today : 531
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23345
Users Last 30 days : 78776
Users This Month : 50415
Users This Year : 156689
Total Users : 156690
Views Today : 937
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35350
Views Last 30 days : 121287
Views This Month : 77488
Views This Year : 239878
Total views : 239879
Who's Online : 4
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares