Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail memaklumkan suspek direman empat hari

KUCHING, 20 Jun: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memandang serius akan kejadian anggota bomba diserang ketika sedang memadam kebakaran rumah di Kampung Belipat, Lawas petang semalam.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 7 Limbang Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata kejadian sedemikian seolah-olah memperlekehkan tugasan bomba.
Beliau dalam kenyataan hari ini berkata satu laporan polis telah dibuat oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas Zaki Husin di Balai Polis Lawas jam 2.15 petang tadi.
Katanya, pihaknya mahu siasatan dijalankan ke atas suspek yang menyerang anggota bomba ketika sedang bertugas.
Tegasnya, perkara sedemikian sepatutnya tidak berlaku.
Terdahulu, anggota bomba yang diserang telah menarik balik laporan polis selepas suspek yang menyesal dengan perbuatannya itu membuat permohonan maaf kepada mangsa tengah malam tadi.
Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail memaklumkan suspek direman empat hari bermula hari ini.
Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dan Seksyen 332 kanun yang sama kerana mencederakan penjawat awam.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Laporan polis dibuat, JPBM pandang serius kejadian anggota bomba diserang ketika bertugas " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.