Pelajar cari capaian internet untuk PdPR parah kemalangan, kini di ICU Hospital Taiping

Pelajar cari capaian internet untuk PdPR parah kemalangan, kini di ICU Hospital Taiping

Bernama -June 20, 2021 8:06 Pm

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Siti Nurzulfa Mohd Idris menunjukkan motosikal ditunggang adiknya yang terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Rantau Panjang-Selama. (Gambar Benama)

 

LARUT: Hanya kerana ingin mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di kawasan mempunyai capaian internet yang baik, seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Hussein parah selepas terlibat kemalangan jalan raya, Jumaat lepas.

 

Siti A’isyah Mohd Idris, 17, sedang menunggang motosikalnya di Jalan Rantau Panjang – Selama untuk mengikuti PdPR secara dalam talian di rumah bapa saudaranya di Taman Permai 2, Selama, sebelum terlibat kemalangan dengan sebuah kereta jenis BMW di jalan itu kira-kira 9.45 pagi.

See also  Dua lori bawa buluh, hasil hutan tanpa kebenaran ditahan

 

Susulan kejadian, pelajar itu mengalami kecederaan parah termasuk patah pada bahagian paha kiri, cedera pada tulang rahang mulut sehingga terpaksa menerima jahitan dan kini dirawat di ICU Hospital Taiping dan dalam keadaan stabil.

 

Kisah malang itu diceritakan kakaknya, Siti Nurzulfa Mohd Idris, 22, ketika ditemui Bernama di rumah mereka hari ini.

 

“Oleh kerana capaian internet yang lemah di rumah di Kampung Baru Batu 3 menyebabkan adik saya terpaksa berulang-alik setiap hari ke rumah bapa saudara yang terletak hampir 7km di Pekan Selama,” katanya.

 

Sebelum ini, Siti Nurzulfa membuat hantaran sehingga tular dalam media sosial mengenai kisah Siti Aisyah sekali gus mendapat perhatian netizen yang simpati dengan nasib menimpa pelajar harapan aliran sains di sekolah itu.

See also  Panduan memilih Jenis Bateri yang bersesuaian

 

Siti Nurzulfa yang merupakan pelajar tahun akhir pengajian dalam bidang Sarjana Muda Sains Gunaan (Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu berkata, kebanyakan rumah di sini sering menghadapi capaian internet yang lemah sejak bertahun lamanya.

 

Katanya, keadaan ini menyukarkan murid sekolah kebangsaan dan menengah di sini untuk mengikut PdPR malah beliau juga telah beberapa kali menghantar aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia namun masih tidak mendapat tindakan sewajarnya.

 

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selama, Mohd Akmal Kamarudin, ketika ditemui berkata sebanyak 10 pencawang akan dinaik taraf menerusi Program Jendela bagi tempoh 2021 hingga 2022 di Selama bagi mengatasi masalah capaian liputan internet dan telekomunikasi yang lemah itu.

See also  Penggondolan hutan penyebab harimau merayau masuk kampung
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Pelajar cari capaian internet untuk PdPR parah kemalangan, kini di ICU Hospital Taiping " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

149926
Users Today : 1533
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22428
Users Last 30 days : 79648
Users This Month : 43651
Users This Year : 149925
Total Users : 149926
Views Today : 2115
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33780
Views Last 30 days : 121940
Views This Month : 66531
Views This Year : 228921
Total views : 228922
Who's Online : 18
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares