Penangan Cinta Maya Penoreh getah rugi RM99,000

Penangan Cinta Maya Penoreh getah rugi RM99,000

JEMPOL, N9 – Seorang penoreh getah mengalami kerugian RM99,000 selepas diperdaya sindiket Love Scam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Gambar: HIASAN/BH

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, mangsa berusia 58 tahun berkenalan dengan seorang wanita bernama Sarah Wong di media sosial Facebook pada Februari lepas.

 

“Wanita berkenaan mendakwa dia adalah warganegara Singapura yang menetap di Australia seterusnya mereka menjalinkan hubungan lanjut secara maya melalui WhatsApp, namun tidak pernah membuat panggilan telefon ataupun video sepanjang perkenalan itu.

See also  Video@Tunggu kawan merompak hingga terlena dalam kereta

 

“Dalam tempoh perhubungan tersebut, teman wanitanya menceritakan tentang perniagaan yang dijalankan iaitu berkaitan minyak mentah di luar negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

 

Chang Hook berkata, wanita tersebut mendakwa menghadapi masalah perniagaan dan dia meminta mangsa meminjamkan wang kepadanya.

 

“Percaya dengan perhubungan yang terjalin, mangsa telah meminjamkan sejumlah wang kepada wanita tersebut.

 

“Mangsa telah melakukan enam kali transaksi berjumlah RM99,000 pada 9 dan 10 Jun lepas ke satu akaun bank CIMB dan dimaklumkan akaun itu merupakan akaun pekerja wanita tersebut yang menguruskan kewangan syarikat,” katanya.

See also  Remaja diekori, dicabul pekerja cuci kereta

 

Katanya, setelah selesai urusan kemasukan wang tersebut, wanita berkenaan meminta wang tambahan berjumlah RM131,000 dengan alasan kewangan syarikat masih lagi tidak dapat diselesaikan.

 

“Mangsa yang curiga kemudiannya membuat laporan polis pada Khamis dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

Chang Hook berkata, mangsa merupakan seorang pesara swasta dan kini bekerja sebagai penoreh getah, manakala wang berkenaan adalah wang persaraan yang diperoleh daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

See also  Polis buru Datuk Seri larikan diri

 

Sumber: Sinar Harian

Oleh: NORAFIDAH ASSAN

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Penangan Cinta Maya Penoreh getah rugi RM99,000 " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148823
Users Today : 430
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 24129
Users Last 30 days : 80221
Users This Month : 42548
Users This Year : 148822
Total Users : 148823
Views Today : 587
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36873
Views Last 30 days : 123089
Views This Month : 65003
Views This Year : 227393
Total views : 227394
Who's Online : 21
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares