Polis cari lelaki suap bayi minuman keras

Polis cari lelaki suap bayi minuman keras

hmetro.com.my

Bayan Lepas: Polis menjalankan siasatan terhadap satu rakaman video mengenai tindakan seorang lelaki memberi minuman keras kepada bayi yang tular di media sosial hari ini.

 

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya juga ada menerima satu laporan berhubung rakaman video yang didakwa berlaku di sebuah flat di Teluk Bahang di sini.

 

“Siasatan sedang dijalankan termasuk mengesan suspek yang terbabit,” katanya hari ini.

See also  Dr Fatihah beransur pulih sudah mula sedar, bayi selamat dilahirkan stabil

 

Sementara itu, ketua badan bukan kerajaan (NGO), David Marshel menggesa polis mengambil tindakan sewajarnya ke atas individu yang memberikan minuman keras kepada bayi berkenaan.

 

Menurutnya, perbuatan seperti itu tidak harus berlaku dan bayi terbabit juga perlu dijauhkan daripada lelaki yang tidak tanggungjawab berkenaan.

 

“Laporan polis sudah dibuat dan minta supaya pihak polis dapat menjalankan siasatan segera dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang.

See also  Video Lelaki kejam pukul kaki bayi dengan penyapu lidi

 

“Kita harap supaya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dapat segera mengambil tindakan bagi memeriksa dan membuat ujian darah terhadap bayi dalam memastikan mangsa tidak terdedah dengan kandungan alkohol,” katanya.

 

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 30 saat menunjukkan seorang lelaki memberikan minuman keras kepada seorang bayi.

 

Dalam video berkenaan, seorang lelaki yang tidak diketahui statusnya dengan bayi itu dilihat menyuapnya dengan tin minuman terbabit ketika duduk di sofa di sebuah rumah

See also  BAYI NYARIS DILARIKAN MONYET, CEDERA DICAKAR
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Polis cari lelaki suap bayi minuman keras " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156701
Users Today : 542
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23356
Users Last 30 days : 78787
Users This Month : 50426
Users This Year : 156700
Total Users : 156701
Views Today : 965
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35378
Views Last 30 days : 121315
Views This Month : 77516
Views This Year : 239906
Total views : 239907
Who's Online : 4
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares