Remaja 14 tahun ‘tersadai’ di tengah lautan selepas dicampak dari bot laju. Apa nasibnya selepas itu?

Remaja 14 tahun ‘terkapai’ di tengah lautan selepas dicampak dari bot laju.

June 22, 2021

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Oleh Arziana Mohmad Azaman

 

BAYANGKAN apa perasaan kita apabila sesat di tengah laut dan terapung seorang diri.

 

Pasti kita rasa takut yang teramat, rasa nyawa seperti di hujung tanduk dan pada masa, buntu mencari daratan untuk menyelamatkan diri? Semua perasaan itu bercampur-baurkan?

 

Itu belum fikir ada ikan pemangsa seperti jerung yang akan membaham kita pada bila-bila masa.

 

Apa yang diperkatakan tadi bukan susunan plot fiksyen sebelum drama, tetapi kejadian yang betul-betul berlaku kepada seorang remaja lelaki yang ditemui terapung seorang diri di tengah-tengah laut lebih 3 jam.

Ya! Lebih 3 jam terapung sampaikan semua jarinya kecut.

 

See also  Ketulan najis jatuh dari langit buat penduduk kampung di UK gempar

Kisah benar tersebut yang berlaku di Kepulauan Seribu, Indonesia telah menggemparkan penduduk setempat.

 

Lapor tribunnews.com, Ridho Ilhami ditemui terumbang-ambing seorang diri di perairan itu sebelum diselamatkan pasukan tentera laut negara republik berkenaan.

 

Sebelum kejadian, pasukan yang sedang melakukan rondaan berkala itu menemui objek di tengah laut dan cuba mendekatinya untuk menyiasat lebih lanjut.

 

Alangkah terkejutnya apabila melihat remaja berusia 14 tahun itu sedang berenang tanpa hala tuju dan keadaannya panik melihat bot peronda menghampirinya.

 

Remaja berkenaan cuba untuk melarikan diri, barangkali beliau cuak dan takut didatangi pasukan lengkap bersenjata.

 

Video berdurasi 29 saat yang tular di media sosial itu menunjukkan pasukan tentera yang terkejut melihat remaja berkenaan seorang diri dan segera menyelamatkannya.

See also  Makkah dilanda banjir kilat

 

Apabila ditanya sama ada beliau dibuang atau dicampak? Remaja tersebut dengan keadaan termengah-mengah spontan berkata, dirinya telah dicampak!

 

Mangsa kemudiannya dibawa ke Pos Tentera Laut Untung Jawa sebelum ditemukan dengan keluarganya semula.

 

Baca juga Ditinggalkan seorang diri di hospital oleh keluarga angkat, hidup remaja ini berubah selepas…

 

Aduhai. Nasib baiklah ada yang nampak dan menyelamatkannya. Tidak boleh digambarkan jika mangsa tidak ditemui, malah tiada sesiapapun menyedari kehilangannya.

 

Menerusi satu laporan lain, difahamkan remaja tersebut sedang menaiki bot laju dari Kronjo Banten untuk pulang ke Pulau Harapan sebelum dikatakan terjatuh.

 

Apa yang membuatkan warganet musykil, kenapa pemandu bot laju berkenaan tidak berpatah balik untuk menyelamatkan mangsa?

See also  DashCam King hanyut ketika cuba lintas air deras

 

Adakah mangsa benar-benar terjatuh atau ada yang menolaknya?

 

Nasib baiklah remaja tersebut pandai berenang dan cuba untuk mencari daratan dalam keadaan lemah.

 

Lagi menjadi perbualan hangat warganet, jika terlambat diselamatkan, tidak mustahil menjadi mangsa jerung.

 

Apapun, remaja tersebut sudahpun selamat bersama keluarganya. Moga kejadian sama tidak berulang lagi.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Remaja 14 tahun 'tersadai' di tengah lautan selepas dicampak dari bot laju. Apa nasibnya selepas itu? " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156769
Users Today : 610
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23424
Users Last 30 days : 78855
Users This Month : 50494
Users This Year : 156768
Total Users : 156769
Views Today : 1136
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35549
Views Last 30 days : 121486
Views This Month : 77687
Views This Year : 240077
Total views : 240078
Who's Online : 1
Your IP Address : 3.235.140.84
Server Time : 2022-08-19
0Shares