{Video} Polis buru penghantar makanan belasah pemandu lori

Polis buru penghantar makanan belasah pemandu lori

Shah Alam: Beberapa penghantar makanan diburu susulan insiden pergaduhan dan memukul seorang lelaki selepas berlaku kemalangan di Jalan Persiaran Setia Perdana, Setia Alam, semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kemalangan pada 5.30 petang itu membabitkan penunggang motosikal yang juga penghantar makanan dengan sebuah lori.

 

Katanya, penunggang itu mengalami patah tangan kanan dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

See also  Rakaman Peniaga pukul kepala pembeli kerana persoal harga minuman

 

“Siasatan mendapati pergaduhan terjadi antara sekumpulan lelaki yang juga penghantar makanan dengan pemandu lori terbabit.

 

“Kecederaan dialami pemandu itu belum dipastikan dan kita dimaklumkan dia akan hadir pada tengah hari ini untuk buat laporan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Terdahulu, Baharudin berkata, pihaknya sudah menahan dua penghantar makanan berumur 20 tahun dan 25 tahun di sekitar Shah Alam bagi membantu siasatan kes pergaduhan itu, semalam.

See also  Video✓✓ Warga emas cedera ditampar penghulu

 

“Usaha untuk mengesan suspek lain sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 147/427 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

Menurutnya, siasatan juga dibuat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes kemalangan.

 

Beliau menasihati masyarakat supaya tidak mengambil tindakan melulu dalam apa jua situasi yang boleh menyebabkan berlaku pelanggaran undang-undang.

 

Sebelum ini tular di media sosial, video yang menunjukkan sekumpulan penghantar makanan memukul pemandu selepas berlaku kemalangan.

See also  Tahniah PDRM 17 ahli sindiket Macau Scam diberkas
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " {Video} Polis buru penghantar makanan belasah pemandu lori " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133153
Users Today : 1548
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20465
Users Last 30 days : 69168
Users This Month : 26878
Users This Year : 133152
Total Users : 133153
Views Today : 2447
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31790
Views Last 30 days : 108132
Views This Month : 41766
Views This Year : 204156
Total views : 204157
Who's Online : 4
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares