7 kenderaan rosak dihempap plat perancah besi

7 kenderaan rosak dihempap plat perancah besi

Kuala Lumpur: Tujuh kenderaan diletakkan berhampiran tapak binaan bangunan dalam pembinaan bersebelahan Flat Sri Sabah, Jalan Ikan Emas Cheras, di sini, rosak selepas dihempap plat perancah besi yang terjatuh ketika kerja mengangkat dilakukan oleh kren, hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 9.53 pagi.

See also  Jumpa barang kemas dalam timbunan sisa kebakaran

“Seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dikejarkan ke lokasi.

 

“Sebaik tiba, kami dimaklumkan terdapat plat perancah besi terjatuh ketika kerja mengangkat dilakukan kren, menghempap tujuh kenderaan yang diletakkan bersebelahan tapak binaan bangunan terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

See also  Makluman Kes Sepak Barang dalam kedai, mendatangkan Kecederaan dan Khianat

 

Katanya, kenderaan yang terbabit dalam kejadian itu adalah dua kereta Proton Saga serta masing-masing sebuah Pajero, Proton Wira, Proton Iriz, Perodua Myvi dan Honda City .

 

“Tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu dan operasi tamat sepenuhnya jam 10.50 pagi,” katanya.

See also  Warga emas jalani kuarantin mati dalam rumah positif COVID-19
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " 7 kenderaan rosak dihempap plat perancah besi " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124405
Users Today : 3828
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22077
Users Last 30 days : 69750
Users This Month : 18130
Users This Year : 124404
Total Users : 124405
Views Today : 5761
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33540
Views Last 30 days : 108244
Views This Month : 27653
Views This Year : 190043
Total views : 190044
Who's Online : 3
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares