11 ahli Geng 35 ditahan selepas sambut Hari Bapa

11 ahli Geng 35 ditahan selepas sambut Hari Bapa

 

SUNGAI PETANI – Seramai 11 individu termasuk dua wanita dipercayai mempunyai kaitan dengan ahli kongsi gelap Geng 35 ditahan selepas hadir ke majlis sambutan sempena Hari Bapa di sebuah rumah di Sungai Kob, Kulim pada Ahad.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kesemua mereka berusia dari 25 hingga 61 tahun itu, hadir ke majlis sambutan sempena Hari Bapa di rumah salah seorang suspek dan polis mengesan mereka susulan satu video yang tular di TikTok.

See also  Pemandu Proton Exora tabur pasir atas jalan 'balas dendam' kepada rider motosikal!

 

Menurut Kamarul Zaman, video berdurasi 44 saat itu memaparkan sejumlah 15 orang berkumpul dalam sebuah rumah dan seorang lelaki sedang memotong kek berbentuk 35 berwarna merah serta kuning.

 

“Pada 21 Jun 2021, jam lebih kurang 7 petang, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim mengesan satu video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok.

 

“Video berdurasi 44 saat tersebut menunjukkan seorang lelaki memotong kek berbentuk 35 dan terdapat 15 orang berkumpul dalam rumah itu tanpa penjarakan sosial serta didapati melanggar Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

 

See also  {Video} Penganggur maut, motosikal rempuh belakang lori

Menurut beliau, polis percaya mereka terlibat dalam kegiatan geng kongsi gelap 35 dan polis merampas beberapa telefon bimbit serta cincin.

 

Siasatan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan 10 (1) PPDPPB 2021.

See also  Samseng Jalanan pijak warga emas baru balik dari rawatan hemodialisis

 

▶️Sinar Harian

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " 11 ahli Geng 35 ditahan selepas sambut Hari Bapa " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133189
Users Today : 1584
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20501
Users Last 30 days : 69204
Users This Month : 26914
Users This Year : 133188
Total Users : 133189
Views Today : 2545
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31888
Views Last 30 days : 108230
Views This Month : 41864
Views This Year : 204254
Total views : 204255
Who's Online : 7
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares