Beruang matahari hilang arah selepas habitat dimusnahkan

Beruang matahari hilang arah selepas habitat dimusnahkan

Beruang berkenaan sedang mencari kawasan perlindungan dan lebih  menyedihkan kaki haiwan tersebut cedera mungkin terkena jerat pemburu haram atau ditembak.

PETALING JAYA – Akibat kerakusan manusia merosakkan hutan dan alam sekitar, akhirnya binatang liar menjadi mangsa.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Itulah nasib yang dialami oleh seekor beruang matahari yang kelihatan hilang arah selepas tempat perlindungannya musnah akibat pembalakan.

 

Menerusi video yang dikongsi di laman Facebook Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia), kelihatan haiwan tersebut sedang mencari kawasan perlindungan dan apa yang menyedihkan kelihatan kaki haiwan tersebut cedera.

 

Menurut Animal Malaysia, klip video berdurasi 28 saat itu di rakam di sebuah hutan di Kuala Lipis, Pahang yang sedang mengalami pembalakan besar-besaran.

See also  Mak Intan Yang Pelihara Ratusan Kucing Jalanan Telah Meninggal Dunia

 

“Kawasan pembalakan ini bukan tujuan untuk pembangunan dan ditinggalkan botak begitu sahaja tanpa penanaman semula menyebabkan banyak haiwan liar kelihatan berkeliaran tanpa arah tujuan.

 

“Pembukaan hutan dan pembalakan bukan sahaja memusnahkan habitat haiwan liar tetapi bakal mengundang musibah kepada manusia seperti banjir besar, kesan rumah hijau, pengurangan oksigen, pemanasan global dan pelbagai masalah lagi,” katanya di laman Facebook semalam.

 

Mengulas lanjut, Animal Malaysia berkata, aktiviti itu perlu dihentikan segera dan negara perlu berubah demi menjaga hutan dan alam sekitar.

 

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata marah serta sedih melihat kerakusan manusia sehingga haiwan tidak bersalah menjadi mangsa.

See also  Apakah kerana haiwan tidak terbabit sebagai pengundi maka kepentingan haiwan tidak dipedulikan

 

“Sedih, lihat habitatnya habis musnah sebab kerakusan setengah manusia yang tamak.

 

“Masa depan ‘khazanah’ negara untuk generasi akan datang mungkin tinggal sejengkal atau pupus,” tulis Mohd. Muszakar Othman di ruang komen.

 

Turut berkongsi perasaan sama adalah seorang lagi netizen yang dikenali sebagai Afiq Cinales.

 

“Kenapa manusia ni jahat dan tamak sebegini rupa, hampir setiap hari kerosakan demi kerosakan dilakukan.

 

“Lepas ni gajah harimau dan segala haiwan liar akan menceroboh kampung mencari makanan, lepas tu dibunuh penduduk setempat.

 

“Begitu sedih dengan nasib makhluk lain di atas muka bumi ni akibat perbuatan manusia,” ujarnya.

See also  Keajaiban Anak-anak Harimau diabai ibu kandung dijaga rapi oleh Seekor Anjing betina

 

Sehingga pukul 12 tengah hari tadi, klip video berkenaan ditonton lebih 9,700 kali dan dikongsi kira-kira 324 netizen. – K! ONLINE

 

Oleh AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI

23 Jun 2021, 12:22 pm

Video: Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Beruang matahari hilang arah selepas habitat dimusnahkan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

155672
Users Today : 462
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24067
Users Last 30 days : 79496
Users This Month : 49397
Users This Year : 155671
Total Users : 155672
Views Today : 756
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36268
Views Last 30 days : 122310
Views This Month : 75587
Views This Year : 237977
Total views : 237978
Who's Online : 6
Your IP Address : 3.238.252.196
Server Time : 2022-08-18
0Shares