Doktor didenda hasilkan penerbitan tidak benar mengenai vaksin Sinovac 

Doktor didenda hasilkan penerbitan tidak benar mengenai vaksin Sinovac

 

Kangar: Doktor perubatan didenda RM5,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah menghasilkan penerbitan yang mengandungi berita tidak benar mengenai vaksin Sinovac di Beseri dekat sini, pada April lalu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Tertuduh, Jamnul Azhar Mulkan, 53, juga boleh dipenjara selama lima bulan sekiranya gagal membayar denda yang ditetapkan.

 

Terdahulu, tertuduh yang berkerusi roda tiba sekitar di mahkamah pada 8.50 pagi sambil ditemani isteri dan anaknya.

 

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi Facebook (FB) melalui akaun, UiDM Polimas dan menggunakan nama profil ‘UiDM Polimas’ dengan niat untuk menyebabkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang awam dengan mengadakan penerbitan mengandungi berita tidak benar melalui video ceramah diberikan olehnya.

 

Dia didakwa melakukan perbuatan berkenaan di Klinik Kesihatan Beseri, Padang Besar pada 8.10 pagi, 20 April lalu.

See also  Nak cucuk vaksin ke nak tayang aset?

 

Tertuduh didakwa melakukan satu kesalahan mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No 2) 2021 di mana sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

 

Selain itu, tertuduh juga boleh didenda tidak melebihi RM1,000 bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

 

Dia yang faham dengan pertuduhan kemudiannya membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Musyiri Peet.

 

Pendakwaan dilakukan oleh Pengarah Pendakwaan Perlis Mohd Nordin Ismail, manakala tertuduh diwakili Mohd Khairul Hafizuddin Ramli.

 

Khairul yang mewakili anak guamnya dalam hujahan rayuan berharap agar mahkamah dapat memberikan satu hukuman yang setimpal berdasarkan rayuan bersalah anak guamnya yang dianggap menjimat masa dan kos perbicaraan di mahkamah.

See also  Info Grafik Status Terkini COVID-19, 9 Ogos 2021

 

Selain itu juga, anak guamnya juga sudah berkahwin dan dikurniakan lapan anak berusia antara 15 hingga 30 dengan enam daripadanya masih menuntut di institut pengajian tinggi dan sekolah.

 

Anak guamnya juga adalah lulusan perubatan dari universiti di Mesir dan walaupun dia mempunyai sebuah klinik di Pendang, dia tidak dapat menguruskan klinik itu secara sepenuh masa disebabkan faktor kesihatannya yang tidak mengizinkan.

 

Dia didapati mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi serta memerlukan dirinya memakan ubat-ubatan setiap hari bagi melegakan penyakitnya itu ditambah pula kini terpaksa berkerusi roda selepas terbabit dalam kemalangan pada 2017.

 

Anak guamnya itu juga bukanlah seorang individu anti vaksin kerana anak guamnya itu sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 pada 21 April lalu untuk dos pertama dan 17 Mei bagi dos kedua.

See also  Kumpul duit kerja GrabFood untuk tampung kos belajar kedoktoran

 

Sementara itu, Mohd Nordin dalam hujahan balasnya pula mahu mahkamah melihat perbuatan tertuduh yang mampu menimbulkan salah faham masyarakat dalam usaha kerajaan memberikan vaksin kepada rakyat.

 

Selain itu, perbuatan tertuduh juga mampu merencatkan usaha kerajaan dalam untuk mendapatkan imuniti kelompok dalam kalangan masyarakat berikutan ceramahnya itu tular sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

 

Bagaimanapun, difahamkan tertuduh membayar denda yang ditetapkan kepadanya sejurus selesai prosiding di dalam mahkamah.

 

Lagi berita berkaitan Covid-19

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Doktor didenda hasilkan penerbitan tidak benar mengenai vaksin Sinovac  " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

376460
Users Today : 55
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16560
Users Last 30 days : 61949
Users This Month : 3464
Users This Year : 376459
Total Users : 376460
Views Today : 63
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24952
Views Last 30 days : 95581
Views This Month : 5228
Views This Year : 579922
Total views : 579923
Who's Online : 10
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-12-03
0Shares