Lelaki dirakam campak kucing ke sungai dicari 

Lelaki dirakam campak kucing ke sungai dicari

 

Oleh AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI

24 Jun 2021

 

PETALING JAYA – Perbuatan seorang lelaki mencampak seekor kucing yang telah disumbat ke dalam sebuah beg plastik ke dalam sungai mengundang kecaman hebat di laman sosial.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Menerusi perkongsian di laman Facebook Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah perkampungan di Betong, Sarawak, namun tarikh sebenar kejadian tidak dinyatakan.

 

Menurut Animal Malaysia, perbuatan tersebut boleh menyebabkan haiwan itu terdedah kepada bahaya dibaham buaya atau mati lemas.

See also  Bunga putih-kuning pilihan terbaik tangani masalah babi

 

“Masyarakat Betong digesa kenal pasti pelaku dan laporkan kepada pihak berkuasa. Sarawak negeri autonomi mempunyai Enakmen Kebajikan Haiwan 2015 untuk mendakwa penjenayah haiwan.

 

“Jangan beri peluang kepada penjenayah kezaliman haiwan hidup bebas. Mereka perlu dijejak, ditangkap, didakwa dan dihumban ke penjara,” katanya di laman Facebook hari ini.

 

Jelas Animal Malaysia, Akta Kebajikan Haiwan 2015, Enakmen Kebajikan Haiwan 2015 (Sabah & Sarawak) perlu pindaan dengan memasukkan hukuman sebatan terhadap penjenayah haiwan.

See also  Pesara SEB cedera disamun dua lelaki tidak dikenali di Simanggang

 

Sementara itu, rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki tersebut dan menyifatkan perbuatan itu sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

 

“Sampai hati buang macam tu je apa salah kucing tu?,” soal Jasmon Jas di ruangan komen.

 

Pada masa sama, netizen turut mempersoalkan kenapa perakam video tersebut tidak menghalang perbuatan lelaki berkenaan dan seolah-olah turut bersubahat dengan pelaku.

 

“Yang ambil video tu kenapa tidak halang dan minta kucing tu? Kucing tu tak tau apa2 tapi boleh pula dilakukan macam itu, sedih betul,” kata Aliceson Linda.

See also  FAKTA KAMBING: Kambing ialah Haiwan memiliki 4 usus.

 

Sehingga pukul 6 petang tadi, klip video berdurasi lebih 8,500 kali dan dikongsi lebih 307 kali.-K! ONLINE.

#Update

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Lelaki dirakam campak kucing ke sungai dicari  " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148609
Users Today : 216
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 23915
Users Last 30 days : 80007
Users This Month : 42334
Users This Year : 148608
Total Users : 148609
Views Today : 287
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36573
Views Last 30 days : 122789
Views This Month : 64703
Views This Year : 227093
Total views : 227094
Who's Online : 24
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares