Naik bas untuk pecah mesin CDM

Naik bas untuk pecah mesin CDM

 

Balik Pulau: Seorang lelaki sanggup menempuh perjalanan 22 kilometer (km) sebelum cuba memecahkan mesin deposit tunai dan pengeluaran wang (CDM) di sebuah bank di Lintang Bukit Penara di sini, malam tadi.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Bagaimanapun, tindakan suspek berusia 39 tahun itu sia-sia, selepas dia diberkas di lokasi kejadian.

 

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya menerima panggilan daripada penolong pengurus bank selepas sistem penggera keselamatan berbunyi, jam 9.40 malam.

See also  Isu Jet perisikan Israel, Facebook ATM, TUDM ‘diserang’ Netizen

“Anggota polis yang bergegas ke lokasi kemudian berjaya menahan suspek,” katanya di sini, hari ini.

 

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek melakukan perbuatan secara berseorangan selepas menaiki bas dari Georgetown ke Balik Pulau.

 

“Suspek menggunakan penyerap kejutan (absober) kereta bagi memecahkan mesin berkenaan namun tidak berjaya.

 

“Wang tidak berjaya dilarikan, hanya bahagian luar mesin itu mengalami kerosakan ,” katanya di sini, hari ini.

See also  VIDEO✓✓2 ditahan cuba curi tabung ekzos kenderaan

 

Menurul Kamarul Rizal lagi, suspek yang masih bujang didapati mempunyai empat rekod lampau berkaitan dadah.

 

“Suspek juga berada di bawah pengaruh dadah dan dipercayai melakukan kegiatan itu akibat tekanan hidup.

 

“Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan mengikut Seksyen 380 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

See also  Bob Mah Sing sudah ditahan

Disiarkan pada: June 24, 2021 @ 9:20am

Oleh Zuhainy Zulkiffli

am@hmetro.com.my

Gambar: Polis

 

#HarianMetro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Naik bas untuk pecah mesin CDM " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156698
Users Today : 539
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23353
Users Last 30 days : 78784
Users This Month : 50423
Users This Year : 156697
Total Users : 156698
Views Today : 961
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35374
Views Last 30 days : 121311
Views This Month : 77512
Views This Year : 239902
Total views : 239903
Who's Online : 4
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares