Pemuda kecewa teramat sangat, buah hati kembalikan  hadiah  teddy bear selepas jumpa kekasih baru pakai Honda

Pemuda kecewa, buah hati kembalikan  hadiah  teddy bear selepas jumpa kekasih baru pakai Honda

 

Admin

June 23, 2021 3:25 pm

 

Bagi pasangan bercinta, pemberian hadiah adalah sangat bermakna sebagai tanda penghargaan dan kenangan suka duka ketika bersama.

 

Namun apabila hubungan terputus di tengah jalan, barang hadiah disifatkan perlu dilupakan dengan melakukan pelbagai cara seperti membuang, membakar atau memberikan kepada pemilik asal.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Baru-baru ini, seorang pemuda kecewa apabila seorang gadis dipercayai teman wanitanya memulangkan kembali anak patung teddy bear yang dihadiahkan selepas bertemu dengan kekasih lelaki baru.

See also  Video pelajar tatap jenazah bapa sebelum duduki SPM undang sebak

 

Menerusi sebuah video tular di platform TikTok, gadis itu berada di luar kenderaan kekasih barunya sebelum didatangi pemuda tersebut di kawasan parkir kereta.

 

Kemudian, pemuda itu dilihat seolah-olah bertanya siapa gerangan lelaki di dalam kenderaan tersebut, namun gadis itu terus bertindak mengeluarkan teddy bear dari kereta dan mencampakkan kepada kekasih lamanya.

 

“Sekarang dah tahu sebab apa kau pilih dia. P/s dia tak nak pun teddy bear tu, boyfriend (baru) dia dah belikan yang baru so yah,” tulis kapsyen video tersebut.

See also  Bagi burung makan McDonald’s, dua beradik didenda £300

 

Selepas gadis tersebut dan kekasih barunya beredar, pemuda itu menunjukkan ekspresi sedih sambil mengesat air mata dan membawa anak patung berkenaan masuk ke dalam rumah.

 

Video berdurasi 56 saat itu ditonton hampir 812,000 kali selain dihujani 8,174 komen netizen yang meluahkan reaksi masing-masing terhadap situasi terbabit.

 

Kisah benar?

 

*Keluar air mata jantan!*

 

*Bercinta memang perit…*

 

*Perempuan tawar hati?*

 

*Baru pakai Honda, belum Ferrari lagi*

 

Kesian juga tengok pemuda tu! Cerita betul atau ‘content’ semata-mata? Tetap ada pengajaran – hati manusia boleh berubah sekelip mata. Jadi berpada-padalah kalau sayang, jangan sampai hati merana.

See also  VIDEO: Polis siasat Alphard potong kenderaan di garisan berkembar 

 

Sumber: ohmymedia & TikTok @oppabearhq

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Pemuda kecewa teramat sangat, buah hati kembalikan  hadiah  teddy bear selepas jumpa kekasih baru pakai Honda " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

149952
Users Today : 1559
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22454
Users Last 30 days : 79674
Users This Month : 43677
Users This Year : 149951
Total Users : 149952
Views Today : 2157
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33822
Views Last 30 days : 121982
Views This Month : 66573
Views This Year : 228963
Total views : 228964
Who's Online : 14
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares