TENANG cedera belalai naik minyak Serang Penjaga hingga maut

????????????????????????????????????????

 

TENANG cedera belalai naik minyak Serang Penjaga hingga maut

 

HULU TERENGGANU – Seorang penjaga gajah ditemui mati dalam keadaan mengerikan dalam keadaan perutnya ter­belah selepas diserang dan dipijak mamalia itu yang dianggarkan seberat 2.2 tan.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kejadian malang itu berlaku di Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir (KECV) di sini semalam.

 

Mayat mangsa, Anucha Tangsakun, 38, yang merupakan warga Thailand ditemui rakan sekerjanya yang dikenali sebagai Sangsai pada pukul 8.15 pagi.

 

Tidak jauh dari lokasi mayat mangsa ditemui, terdapat se­ekor gajah bernama Tenang yang dipercayai menyerang lelaki itu berikutan kesan darah pada belalai haiwan jantan tersebut.

See also  Video Kisah Burung Isi Batu untuk dapat air bukan mitos

 

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superinten­dan Mohd. Adli Mat Daud berkata, sebelum kejadian, pekerja di KECV melihat mangsa melakukan kerja-kerja pembersihan, memberi makan dan membawa gajah mandi di sungai pada pukul 7.45 pagi.

 

“Semasa kejadian, si mati melepaskan ikatan rantai pada kaki Tenang untuk membawa haiwan itu mandi.

 

“Tenang tiba-tiba naik minyak dan menyerang mangsa di bahagian perut dan paha dengan menggunakan gadingnya,” kata­nya di sini semalam.

 

Semasa diserang haiwan ber­usia 22 tahun itu, mangsa menjerit me­minta tolong.

 

Sangsai kemudian bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati rakannya sudah tidak lagi ber­nyawa. Pemeriksaan mendapati belalai Tenang mempunyai kesan darah.

See also  Polis bongkar rumah penyimpanan bangkai harimau, gading gajah

 

Lelaki itu kemudian meminta bantuan pekerja lain menenangkan dan mengalihkan Tenang sebelum memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak pengurusan KECV.

 

Beliau memberitahu, emosi Tenang dikatakan kurang stabil sejak dua minggu lalu selepas dicederakan pada bahagian belalai oleh seekor gajah jantan liar lain yang menceroboh perkampungan tersebut.

 

Tenang merupakan antara gajah jantan yang paling dominan dan lama menghuni perkampu­ngan konservasi gajah itu sejak dibuka tujuh tahun lalu.

 

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Hulu Terengganu di sini untuk dibedah siasat,” katanya.

See also  Jangan bahayakan diri dengan pengambilan ivermectin

 

Setakat ini, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

 

KECV yang mempunyai 18 ekor gajah berkeluasan kira-kira 260 hektar dan yang mula ber­operasi 9 Mei 2014.

 

Oleh #KOSMO!

24 Jun 2021, 8:40 am

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " TENANG cedera belalai naik minyak Serang Penjaga hingga maut " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

146379
Users Today : 2828
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21685
Users Last 30 days : 77777
Users This Month : 40104
Users This Year : 146378
Total Users : 146379
Views Today : 3873
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 32930
Views Last 30 days : 119146
Views This Month : 61060
Views This Year : 223450
Total views : 223451
Who's Online : 50
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares