{Video} Lelaki murung maut jatuh tingkat 10 pangsapuri

Lelaki murung maut jatuh tingkat 10 pangsapuri

 

Oleh MOHD SYALMIZI HAMID

23 Jun 2021, 10:05 pm

 

*SEBERANG PERAI* – Seorang lelaki yang mengalami kemurungan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat 10 sebuah pangsapuri di Jalan Raja Uda, Butterworth di sini hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 petang itu, mangsa berusia 26 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.

 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, siasatan pihaknya mendapati mangsa yang tinggal di Taman Bayu, Butterworth telah terjun dari pangsapuri itu.

See also  Perompak tumbuk pemilik kedai emas, larikan barang kemas RM200,000

 

“Dia sebelum itu pergi ke pangsapuri berkenaan dengan motosikal dan menaiki lif ke tingkat 10.

 

“Mangsa telah duduk dan melunjur kaki keluar di kaki lima sebelum secara tiba-tiba bertindak terjun,” katanya ketika dihubungi hari ini.

 

Beliau berkata, hasil soal siasat ke atas isteri mangsa berusia 26 tahun, lelaki itu dikatakan mengalami tekanan perasaan sejak beberapa hari lalu dan menerima rawatan dari klinik swasta empat hari lalu.

See also  Tak tahan derita sakit Covid-19

 

“Bapa kepada dua cahaya mata berusia empat dan dua tahun itu mula kemurungan selepas perniagaan yang diceburi gagal dan mengalami kerugian,” katanya lagi.

 

Beliau berkata, mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya di sini bagi urusan bedah siasat serta kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan tiada unsur jenayah.

 

Sementara itu, kejadian tersebut sempat dirakam orang awam sebelum video rakaman berkenaan tular di media sosial. – K! ONLINE

See also  Nafi tumbuk penunggang motosikal siasatan tetap dijalankan

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " {Video} Lelaki murung maut jatuh tingkat 10 pangsapuri " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124385
Users Today : 3808
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22057
Users Last 30 days : 69730
Users This Month : 18110
Users This Year : 124384
Total Users : 124385
Views Today : 5722
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33501
Views Last 30 days : 108205
Views This Month : 27614
Views This Year : 190004
Total views : 190005
Who's Online : 5
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares