Bot uzur jadi tempat tidur lima beranak

Bot uzur jadi tempat tidur lima beranak

HULU TERENGGANU – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 benar-benar membuatkan seorang pengusaha rumah bot di Tasik Kenyir dekat sini ‘jatuh terduduk’.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Samsuddin (kanan) melihat Nofarhana mengajar tiga anaknya belajar di rumah bot uzur mereka di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu

 

Bukan sahaja langsung tiada pendapatan ekoran penutupan sektor pelancongan malah Samsuddin Khalid, 45, bersama isteri, Norfarhana Yusop, 29, dan empat anak mereka termasuk tiga perempuan berusia lapan bulan hingga 10 tahun terpaksa hidup melarat dengan menumpang teduh di dalam rumah bot mereka.

 

Tambah malang rumah bot yang juga sumber pendapatan mereka selama ini juga agak uzur.

Rumah bot uzur didiami empat beranak

Samsuddin berkata, semuanya bermula apabila rumah bot terpakai yang dibelinya pada kira-kira tujuh tahun mengalami kerosakan enjin pada bulan Februari tahun lalu.

See also  [VIDEO]Saat cemas menyelamat sebahagian 17 pemancing hanyut 6 jam dilautan selamat

 

“Tanpa disangka kerajaan melaksanakan PKP 1.0 kira-kira sebulan kemudian membuatkan saya tidak memiliki modal untuk membaiki kerosakan.

 

“Pada masa sama, rumah rakit peninggalan arwah ayah yang menjadi tempat saya dan keluarga berteduh sebelum ini semakin uzur menyebabkan kami tiada pilihan selain berpindah ke rumah bot tersebut,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Pengkalan Gawi dekat sini semalam.

 

Rumah bot uzur didiami empat beranak di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu semalam.

See also  Sebak Ayah pulang setelah 1 tahun anak menanti

 

Samsuddin berkata, nasibnya terus ditimpa malang apabila rumah bot yang ditambatnya di tebing Pengkalan Gawi dipukul ribut pula pada musim tengkujuh akhir tahun lalu menyebabkan kerosakan pada dinding dan bumbung.

 

Jelasnya, bagi membaiki kerosakan rumah botnya itu terutama bahagian enjin, dia mengambil upah memandu rumah bot milik pengusaha lain sewaktu aktiviti pelancongan dibenarkan kerajaan dari bulan Jun tahun lalu hingga Januari lalu.

 

“Berbekalkan upah RM150 setiap trip seminggu sekali dan bantuan RM5,000 daripada Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, saya baiki sebahagian kerosakan (rumah bot) tetapi masih belum mencukupi,” ujarnya.

See also  Kisah sebak Remaja tamat SPM belikan ibunya cincin RM500

 

Jelas beliau, dugaan PKP kali ini cukup kuat buat keluarganya dan dia sentiasa berdoa semua itu (PKP) cepat berlalu serta kehidupannya kembali normal serta dapat bekerja seperti biasa bagi kelangsungan hidup.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Bot uzur jadi tempat tidur lima beranak " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156770
Users Today : 611
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23425
Users Last 30 days : 78856
Users This Month : 50495
Users This Year : 156769
Total Users : 156770
Views Today : 1145
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35558
Views Last 30 days : 121495
Views This Month : 77696
Views This Year : 240086
Total views : 240087
Who's Online : 3
Your IP Address : 3.235.140.84
Server Time : 2022-08-19
0Shares