Hilang punca pendapatan, 6 beranak tinggal dalam bot usang

Hilang punca pendapatan, 6 beranak tinggal dalam bot usang

 

HULU TERENGGANU, TERENGGANU – Kesempitan hidup enam sekeluarga yang menghuni sebuah bot usang di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir di sini semakin getir sejak penularan pandemik Covid-19 pada awal tahun lalu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Situasi bertambah sukar apabila ketua keluarga, Shamsuddin Khalid, 45, yang sebelum ini mengambil upah sebagai pemandu bot tidak dapat meneruskan mata pencarian berikutan penutupan sektor pelancongan.

 

Menurut Samsuddin, dia sebelum ini mempunyai sebuah rumah bot dan dua bot fiber, namun ketiga-tiganya tersadai kerana mengalami kerosakan.

Katanya, rumah bot yang dibeli dengan harga RM15,000 sebelum sempat diubah suai kini terpaksa dijadikan tempat tinggal mereka sekeluarga.

 

“Saya beli rumah bot ini sembilan tahun lalu untuk ‘cari makan’, tapi tidak kesampaian apabila enjin bot rosak pada Mac tahun lalu. Saya kehabisan duit untuk membaikinya. Bot ini kini tersadai dan tidak dapat disewakan kepada orang ramai.

“Saya pernah menerima bantuan RM5,000 daripada Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) untuk membaiki bot ini, namun masih tidak mencukupi untuk menaik tarafnya kerana ia tiada daya tarikan dan tidak memberikan keselesaan kepada pelanggan.

See also  Lagi buang sampah di laluan lebuh raya tanpa tol CSR

 

“Jika sektor pelancongan kembali dibuka, saya belum tentu dapat menggerakkan rumah bot ini kerana terlalu banyak yang perlu diperbaiki dan memerlukan kos yang besar,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini pada Khamis.

 

Shamsuddin bersama isterinya, Nor Farhana Yusop, 30, serta empat anak mereka iaitu Nor Nadia Shahira, 11, Nor Syazlina Farahin, 9, Nor Azura Natasya, 7, dan Nor Farhan Iskandar, 8 bulan, sebelum ini menghuni di sebuah rumah rakit berdekatan sejak 12 tahun lalu.

 

Bagaimanapun, keluarga itu berpindah ke rumah bot berkenaan setelah anak-anak semakin membesar dan rumah rakit yang dihuni tidak mampu lagi menampung mereka sekeluarga.

 

“Anak-anak dan isteri memang duduk di rumah rakit sebelum ini kerana lebih dekat dengan lokasi saya bekerja sebelum ini. Lagipun lebih mudah untuk saya memantau mereka,” katanya.

 

Menurut Samsuddin, dia pernah memohon Bantuan Sara Hidup (BSH) serta Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) kerana buntu memikirkan soal kewangan, bagaimanapun permohonannya itu tidak berjaya.

See also  Bhg 2-Kisah benar Perjuangan dan harapan Ibu demi ilmu anak

 

“Mungkin disebabkan nama saya berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyebabkan permohonan saya untuk mendapatkan bantuan itu tidak diterima.

 

“Saya juga pernah memohon rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) namun sehingga kini tiada jawapan,” katanya.

 

Walaupun dihimpit masalah kewangan, Shamsuddin dan isteri tidak mengabaikan pendidikan anak-anak mereka.

 

Tiga anaknya bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Setebu, Kampung Basung yang terletak kira-kira 10 kilometer dari lokasi itu.

 

Sementara itu, Nor Farhana berkata, sudah menjadi kelaziman baginya berdepan pelbagai cabaran tinggal di situ.

 

“Tinggal di sini banyak ancaman seperti ular yang datang mencari makan. Selain itu terdapat juga kera yang sering menyelongkar dapur ketika tiada penghuni di rumah.

 

“Pernah juga anak-anak terjatuh ke dalam air ketika asyik bermain dan saya terlepas pandang. Mujurlah sempat diselamatkan.

See also  RM 9.2 Billion wang tidak dituntut boleh semak secara dalam talian

 

“Saya juga sudah lali berdepan cabaran turun naik tebing tinggi untuk keluar masuk ke kawasan kediaman ini,” katanya.

 

Dalam pada itu, Nor Farhana berkata, anak-anaknya ada menyuarakan keinginan untuk tinggal di kediaman di kawasan darat.

 

“Anak-anak pernah cakap teringin nak duduk di rumah atas tanah. Setakat ini saya hanya mampu mendengar luahan perasaan anak-anak dan meminta mereka supaya bersabar dahulu.

 

“Saya harap pandemik Covid-19 ini segera berakhir supaya suami boleh meneruskan mata pencarian untuk menampung kehidupan. Saya berdoa semoga lambat laun ada rezeki untuk tinggal di rumah di atas darat,” katanya.

 

Sumber : Sinar Harian

Oleh: Norhaspida Yatim

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Hilang punca pendapatan, 6 beranak tinggal dalam bot usang " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156708
Users Today : 549
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23363
Users Last 30 days : 78794
Users This Month : 50433
Users This Year : 156707
Total Users : 156708
Views Today : 983
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35396
Views Last 30 days : 121333
Views This Month : 77534
Views This Year : 239924
Total views : 239925
Who's Online : 5
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares