Sengsara 10 beranak hidup daif, catu makanan

Sengsara 10 beranak hidup daif, catu makanan

Tumpat: Terpaksa melelapkan mata dalam keadaan kesejukan tanpa sebarang alas kecuali berlantaikan simen dan berkongsi dua bantal lusuh.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Begitu kesusahan hidup dilalui 10 beranak dari Kampung Tebing, di sini, sehingga perlu mengikat perut atau makan sekali sehari kerana tiada apa yang boleh dihidangkan.

 

Situasi itu dialami keluarga terbabit apabila ketua keluarga, Mohd Yuskhairi Azhar Yusof, 34, yang hanya bekerja kampung terpaksa menerima apa sahaja kerja walaupun menerima upah sangat rendah.

 

Isterinya, Siti Nadia Mohd Sakri, 28, berkata selain dia dan suami serta tujuh anak berusia tiga bulan hingga 12 tahun, bapa mentuanya, Yusof Ismail, 71, juga tinggal bersama dalam rumah yang disewa sebanyak RM230 sebulan.

See also  KISAH KEMBAR YANG TERTUKAR SEJAK 20 TAHUN

 

“Rumah ini ada dua bilik, tapi hanya sebuah sahaja yang boleh digunakan di mana ia menjadi bilik tidur saya dan suami serta anak bongsu.

 

“Enam anak dan bapa mentua tidur di ruang tamu berkongsikan dua bantal dan sehelai cadar nipis, namun tidak mampu digunakan kesemua mereka sehingga ada yang tidur tanpa apa-apa alas dalam kesejukan.

 

“Anak-anak sudah terbiasa dengan keadaan itu, malah mengerti dengan kedaifan keluarga. Dapat makan setiap hari pun sudah mencukupi,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

 

Terdahulu, keluarga berkenaan menerima kunjungan badan bukan kerajaan (NGO) Cempaka Merah Asnaf Society diwakili Che Norhayati Mohamed yang menghulurkan sumbangan zakat serta barang dapur.

See also  (VIDEO) Hanya jiwa kental sahaja mampu menyeberangi Sungai Mansiang

 

Siti Nadia berkata, suaminya melakukan pelbagai kerja sebagai sumber rezeki untuk kelangsungan hidup mereka termasuk mengambil upah menghantar garam kasar ke Terengganu sekali seminggu dengan bayaran RM100.

 

Menurutnya, dia sendiri turut membantu mencari sumber kewangan dengan mengambil upah membeli barangan dapur kepada penduduk terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Ketil, baru-baru ini dengan upah sekitar RM1 hingga RM2.

 

“Selain itu dua anak saya berusia 11 dan 12 tahun juga secara sukarela bekerja di sekitar rumah seperti mengecat lori dan kerja di kedai perabot kerana tidak bersekolah pada masa sekarang.

 

“Jika ada rezeki lebih, dapatlah kami makan nasi lebih daripada dua kali sehari dan ada lauk tapi jika tidak, memadailah sekali sehari berlaukkan ikan rebus diselang seli dengan telur goreng,” katanya sambil memberitahu sewa rumah sudah tertunggak sejak tiga bulan lalu.

See also  Anak mencari bapa kandung

 

Orang ramai yang bersimpati dan mahu membantu keluarga ini boleh menghubungi Siti Nadia di talian 014-2152770.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Sengsara 10 beranak hidup daif, catu makanan " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148843
Users Today : 450
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 24149
Users Last 30 days : 80241
Users This Month : 42568
Users This Year : 148842
Total Users : 148843
Views Today : 620
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36906
Views Last 30 days : 123122
Views This Month : 65036
Views This Year : 227426
Total views : 227427
Who's Online : 18
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares